Artikel Pilihan

ARCH MOTORCYCLE COMPANY – MANA DATANG SYARIKAT NI? BETUL KE MILIK KEANU REEVES?

Mungkin ada yang pernah dengar tapi rasanya ramai yang baru kali pertama dengar tentang nama ARCH Motorcycle. Syarikat ini sebenarnya dimiliki oleh aktor John Wick, Keanu Reeves dan sahabat baik beliau Gard Hollinger. Rupanya bukan main-main minat Reeves terhadap motosikal sampai sanggup mewujudkan jenama motosikal sendiri.

Syarikat ini bukan sahaja menghasilkan motosikal tetapi juga terlibat dalam pembangunan motosikal yang ada dalam permainan Cyberpunk 2077. Mari kita tengok beberapa model motosikal yang telah dihasilkan oleh ARCH Motorcycle.

ARCH menawarkan tiga model cruiser yang boleh diubahsuai mengikut permintaan pelanggan. Ia juga dihasilkan mengikut saiz badan pelanggan jadi tak ada masalah kalau anda tinggi lampai ataupun sebaliknya.

ARCH KRGT-1

Ia diasaskan daripada motosikal Harley-Davidson asal milik Reeves dah sudah berada di pasaran sejak tahun 2015. Ia sentiasa dinaiktaraf setiap tahun dan dikatakan diberi 150 perubahan ataupun make over berbanding model asal.

KRGT-1 ini cukup ringan kerana penggunaan aluminium yang banyak dalam pembuatannya. Ia menggunakan enjin V-twin 2032cc dan mampu menghasilkan sekitar 122 hp kuasa maksima. Suspensinya disokong oleh penyerap hentak boleh laras sepenuhnya buatan Ohlins. Cakera breknya pula ialah keluaran ISR dan dibantu dengan sistem ABS.

Info tunggangan semuanya boleh diakses pada unit paparan digital Motogadget. Lampu-lampunya semua menggunakan sistem LED. Menambah imej estetika motosikal ini ialah rim-rim keluaran BST dan muffler ekzos Yoshimura yang dihasilkan daripada gentian karbon sepenuhnya.

ARCH 1S

Diperkenalkan pada tahun 2018 dan mengunakan rekaan lengan hayun tunggal. Enjin masih sama seperti yang digunakan KRGT-1 tetapi menggunakan tangki minyak dan ekzos gentian karbon yang berbeza.

Ia juga dilengkapkan dengan bar hendal yang lebih rendah tetapi dengan tepat letak kaki yang sedikit tinggi memberikan penampilan yang lebih agresif.

ARCH Method 143

Model ketiga ARCH Motocycle ialah ARCH Method 143. Masih mengekalkan rim gentian karbon dan enjin V-twin. Bezanya berbanding model sebelumnya casisnya juga diperbuat daripada gentian karbon selain tangki bahan api yang bersepadu.

Lengan ayun juga dihasilkan daripada gentian karbon begitu juga dengan sistem ekzosnya. Ohlins bekerjasama dengan ARCH dalam menghasilkan suspense khusus untuk model ini sahaja. Spesial betul ni.

Method 143 ini juga menjadi inspirasi dalam membangunkan motosikal khusus untuk permainan Cyberpunk 2077 di mana suara Reeves turut digunakan sebagai suara latar.

ARCH Motorcycle bukan hanya mengeluarkan motosikal teapi mereka juga menjual pakaian berlabel dan rekaan mereka sendiri. Maaf setakat ni mereka belum berminat untuk menghasilkan baju melayu ataupun baju kurung tapi kalau nak t-shirt, topi ada banyak pilihan. Biasalah nama Keanu Reeves itu sendiri pun memang akan menarik perhatian pembeli.

Jadi kalau berminat boleh je cuba-cuba layari laman web ARCH Motorcycle kot-kot ada yang berkenan. Duit KWSP hari tu ada lagi kan?

Google ads
Back to top button