Motosikal

MFORCE UMUM QJMOTOR SRK600 DAN SRT800 AKAN IKUT SPESIFIKASI DITETAPKAN OLEH QJMOTOR

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce Bike) dilapor akan mengedarkan motosikal QJMOTOR SRK600 pada harga RM35,888 dan SRT800 yang berharga RM39,888 untuk versi Standard serta RM42,888 (versi X). 

Kedua-dua model tersebut akan mengikut spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh pihak QJMOTOR termasuklah sistem brek dan suspensi.

Walau bagaimanapun, speksifikasi yang  ada pada model yang dikeluarkan adalah sedikit berbeza dengan apa yang dimaklumkan semasa pelancarannya sebelum ini.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi komponen, ia tidak menjejaskan prestasi mahupun kualiti motosikal-motosikal tersebut. 

Sistem brek masih mematuhi piawaian Eropah yang ketat di mana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) turut menggunakan piawaian ini sebagai standard dan pematuhan di Malaysia.

MForce Bike Holdings Sdn Bhd ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan jutaan terima kasih diucapkan untuk sokongan anda semua.

Google ads
Back to top button