TAZUNA CONCEPT LEXUS TAWAR PENGALAMAN PEMANDUAN LEBIH MANTAP
Dalam meningkatkan pengalaman pemanduan lebih menjanjikan, Lexus baru-baru ini menawarkan orang ramai untuk merasai sendiri ciri-ciri ditawarkan pada Lexus NX melalui Tazuna Concept.
Menurut Lexus, Tazuna Concept diinspirasikan daripada hubungan simbiotik dan interaksi antara joki bersama kuda lumba.
Untuk mewujudkan konsep ini, banyak aspek diambil kira terutamanya dari segi reka bentuk dan teknologi.
Tambahnya lagi, pereka Lexus bekerjasama dengan Takumi untuk menyempurnakan hubungan reka bentuk antara stereng dan tuil anjakan bagi meminimumkan pergerakan sambil menjadikan suis lebih intuitif.
Suis pengesan sentuh baharu yang terdapat pada stereng juga boleh disesuaikan dengan fungsi atau arahan pilihan pemandu, termasuk memastikan postur badan berada dalam keadaan lebih selesa kerana suis dimuatkan dalam model ini terletak dalam jangkauan pemandu.
Konsep ini akan mentakrifkan semula ruang kokpit yang ideal untuk pemandu. Sebagai contoh, hanya butang fizikal paling kerap digunakan dikekalkan pada stereng bagi membolehkan pelarasan atau perubahan dibuat dengan hanya satu jentikan jari.
Kepada mereka yang ingin tahu tentang Tazuna Concept Lexus, anda boleh merasainya secara langsung di Pusat Pameran Lexus terdekat, di mana NX 350 F Sport serta NX 250 Luxury dipamerkan.
Selain itu, anda juga boleh pergi ke pameran Lexus seperti dinyatakan di bawah:
- 1Utama Shopping Centre,18-22 Oktober – Rabu, Khamis & Ahad (10am-10pm); Jumaat & Sabtu (10 pagi-10.30 malam)
- Waterfront Desa ParkCity, 26-29 Oktober – 9 pagi hingga 9 malam
- BACA: LEXUS NX300 2019 – LEXUS SAFETY SYSTEM+, HARGA LEBIH MURAH BERMULA RM314K
- BACA: LEXUS NX300 2019 – LEXUS SAFETY SYSTEM+, HARGA LEBIH MURAH BERMULA RM314K
- BACA: LEXUS TUTUP TEMPAHAN MODEL NX, LX – TEMPOH MENUNGGU KINI EMPAT TAHUN!
- BACA:LEXUS NX 2022 KINI TIBA DI MALAYSIA. 2 VARIAN, BERMULA RM371K