Artikel PilihanBuletin

PIKAP MERCEDES INI TULEN DAN IA UNTUK DIJUAL

Bukan, ini bukan teknik gambar dengan photoshop, tetapi adalah sebuah Mercedes pikap yang sebenar.

Ia adalah kereta “Car of the Year” Motor Trend’s pada tahun 1996 yang telah diubahsuai menjadi sebuah pikap. Ia kini diiklankan untuk dijual dalam satu lelongan oleh Bring a Trailer dan harga semasanya kini ialah USD17,000 (RM71,000)

Pengubahsuaian Mercedes Benz E Class ini termasuklah menambah titik rodanya lebih 29 inci. Ia telah dibuat oleh Binz yang merupakan pemegang kontrak Daimlers yang bertanggungjawab menjadikannya sebuah pikap/ute.

Pada asalnya, ia dipesan oleh pengedar Mercedes Benz Atlanta dan telah berpindah milik kepada pengguna persendirian. Ia dimiliki individu yang sama 15 tahun dan telah dijaga dengan sangat baik.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 dengan 221 kuasa kuda dan 232 lb-ft tork yang digandingkan dengan transmisi lima kelajuan automatik.

Selain daripada modifikasi pikap, kereta ini turut datang dengan rim AMG monoblok dan perbatuannya cuma 21,000 batu.

GALERI

Google ads
Back to top button