
POLICYSTREET LANCAR KEMPEN ‘BATTLE OF THE KINGS’: DAFTAR DRIVE+ SERENDAH RM39.90, NIKMATI CUKAI JALAN PERCUMA!
Perodua Myvi, Bezza, dan Axia kini bukan sekadar pilihan utama rakyat Malaysia — ketiga-tiganya sedang bersaing dalam kempen baharu anjuran PolicyStreet yang dinamakan Battle of the Kings.
Kempen ini memberi peluang kepada pemilik ketiga-tiga model ini menikmati insentif menarik termasuk cukai jalan percuma dan diskaun hebat untuk pembaharuan insurans kenderaan.
Bermula sekarang hingga 30 Jun 2025, pemilik Myvi, Bezza dan Axia yang mendaftar sebagai ahli Drive+ boleh menikmati cukai jalan percuma.
Keahlian ditawarkan pada harga promosi RM39.90 sahaja (harga asal RM99.90). Setiap pembaharuan insurans akan menyumbang satu mata kepada model kereta masing-masing.

Di penghujung tempoh kempen, model dengan jumlah pembaharuan tertinggi akan dinobatkan sebagai “King of Savings” dan membuka peluang jualan kilat eksklusif dengan cukai jalan percuma untuk semua pemilik model tersebut.
Bagi mereka yang menyertai, manfaat tambahan turut menanti seperti pelan ansuran tanpa faedah untuk insurans dan pengecualian caj pemprosesan cukai jalan — semuanya dengan keahlian Drive+.
Malah, pemilik kereta selain Myvi, Bezza serta Axia juga boleh menikmati faedah seperti Cheapest Road Tax in Town dengan diskaun sehingga 80 peratus (had maksimum RM72) dan ganjaran eksklusif lain untuk pembaharuan.
Untuk menyemarakkan lagi semangat persaingan, kedudukan terkini model yang mendahului akan dikongsikan setiap bulan di media sosial PolicyStreet.
Jadi, jangan lepaskan peluang perbaharui insurans, raih ganjaran, dan jadilah sebahagian daripada Battle of the Kings dengan mendaftar di car.policystreet.com.
- BACA: TOYOTA GR YARIS 2026 BAKAL DILANCARKAN DI JEPUN TAK LAMA LAGI – TAMPIL LEBIH AGRESIF, JANA 300HP
- BACA: MG S5 EV DIPERKENALKAN – JANA 170PS, JARAK GERAK HINGGA 430KM, ANGGARAN HARGA BERMULA RM115K
- BACA: AUDI MALAYSIA KEMBANGKAN RANGKAIAN PENGEDAR KE SELURUH NEGARA
- BACA: HYUNDAI SANTA FE 1.6TGDI HYBRID, BAPAK SCAMMER