Buletin

PERBAHARUI INSURANS KERETA DAN CUKAI JALAN DENGAN DREAMSHOP. ANSURAN 0% SEHINGGA 36 BULAN!

Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih daripada satu bilion produk, bersama syarikat pemula teknologi insurans, PolicyStreet.com mengumumkan kerjasama yang pertama seumpamanya di pasaran. 

Platform tersebut akan menawarkan insuran Pelan Pembayaran Ansuran kereta 0% tanpa faedah  sehingga 36 bulan dengan sepuluh syarikat insurans menerusi 10 bank utama di Malaysia. 

Dreamshop & PolicyStreet ‘Car Insurance Made Easy’ bakal merevolusikan kaedah pemilik kereta di Malaysia untuk membandingkan sebut harga daripada syarikat insurans, membeli, memperbaharui dan membayar insurans kereta, semuanya dilakukan secara atas talian. 

“Di PolicyStreet.com, kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian insurans alternatif yang lebih mudah dan berpatutan untuk pelanggan kami.  Hari ini, kami bekerjasama dengan lebih daripada 40 penyedia insurans dan takaful di Malaysia yang menawarkan kaedah dan pilihan terbaik untuk pelanggan kami. 

“Kerjasama ini dilihat tepat pada masanya kerana kita kini berada dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19. Jadi, kami ingin meringankan beban kewangan para pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet.com, Yen Ming Lee.

Sepuluh polisi insurans kereta yang tersedia di Dreamshop.com.my ialah AXA Affin General Insurance Berhad, Berjaya Sompo Insurance Bhd, Tune Protect Group Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Pacific & Orient Insurance Co. Bhd, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, MSIG Insurance Berhad, RHB Insurance Berhad, Zurich General Insurance Malaysia Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad.

Pelancaran Car Insurance Made Easy juga membolehkan pemilik kenderaan persendirian memperbaharui dan mendapatkan nota perlindungan insurans mereka dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja. Pelanggan juga boleh memilih pembaharuan cukai jalan sebagai perkhidmatan tambahan pada kadar rata melalui platform insurans kereta. Manakala salinan fizikal akan dihantar kepada mereka, semuanya dilakukan dengan hanya beberapa klik saja.

Sepuluh buah bank yang menawarkan pelan pembayaran ansuran 0% tanpa faedah termasuklah Maybank, UOB Bank, CIMB Bank, HSBC, Hong Leong Bank, Public Bank, RHB Bank, AmBank, Standard Chartered dan OCBC.

Dreamshop dan PolicyStreet ‘Car Insurance Made Easy’ menerima kad kredit daripada kebanyakan bank-bank utama di Malaysia. Bayaran minimum untuk 6 bulan ialah RM500 (kecuali CIMB RM600). Smentara bayaran minimum untuk 12 bulan ialah RM1,000 (kecuali CIMB RM1,200). 

Google ads
Back to top button