Buletin

PORSCHE 718 CAYMAN SPORTDESIGN SERIES – RM625K, TERHAD 15 UNIT SAHAJA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Selepas dua tahun melakukan debut di pasaran tempatan, Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini menawarkan pilihan pakej baharu untuk Porsche 718 Cayman.

Dikenali sebagai 718 Cayman SportDesign Series, jentera berkuasa tinggi itu terhad kepada 15 unit sahaja.

Didatangkan dalam warna kuning, merah dan putih metalik, ia boleh anda miliki pada harga RM625,000 seunit (tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans). Ia hadir bersama jaminan dan pakej penyelenggaraan percuma selama empat tahun.

Pelanggan juga ditawarkan dengan senarai ciri pilihan yang kini menjadi ciri standard demi memberi pengalaman pemanduan maksimum kepada pelanggan. Kereta yang eksklusif ini sudah boleh dilihat di semua Pusat Porsche.

“718 Cayman SportDesign Series disasarkan untuk mereka yang mahukan sebuah kereta kegunaan harian yang cukup sporty,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Christopher Hunter.

Kereta itu tampil menyerlah dari segi visual dan prestasi. Ia dilengkapi Pakej SportDesign yang merangkumispoiler hadapan dan apron belakang. Kemasan hitam yang kontras pada hendal pintu dan paip ekzos berwarna hitam membuatkannya kelihatan lebih sporty.

Lampu utama LED dengan ciri Porsche Dynamic Light System Plus(PDLS+) mengoptimumkan pandangan tanpa menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain. Bahagian belakang dihiasi dengan rekaan lampu tiga dimensi bersama empat spot lampu brek.

Penampilannya diserlahkan lagi dengan rim bersaiz 20 inci berwarna hitam berkilat dengan rekaan rim pada model Carrera S atau Carrera Sport.

Ruang kabin pula dipertingkat melalui pakej kemasan karbon dan kulit berwarna hitam. Untuk memberi pemanduan lebih mantap, tempat duduknya boleh dilaras sehingga 14 cara, selain ciri memory foam yang selesa.

Kemewahan ruang dalaman ditambah dengan sistem bunyi keliling Bose bersama 10 unit pembesar suara berkuasa 505 watt.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button
Close