BuletinSpyshot

BELUM DILANCARKAN TAPI INI IMAGINASI NISSAN GRAND LIVINA NISMO!

Beberapa hari lepas tersebar imej Nissan Grand Livina sedang dipandu uji di Indonesia. Media di sana menggambarkan bahawa MPV yang berkongsi platform dengan MItsubishi Xpander akan dilancarkan dalam masa terdekat. Katanya pada penghujung Februari ini.

Ia belum pun ada versi fizikal yang sebenar namun netizen di sana sudah pantas menggambarkan versi menarik Grand Livina baharu ini. Terbaru,
Bayu Hari Wibisono menghasilkan imaginasi Grand Livina, bukan versi biasa, tapi rekabentuk “bayangan” dari sayap pembangunan perlumbaan Nissan – Nismo.

Dikongsi di laman instagram @bayuhariw, beliau mempamerkan imej hampir realiti versi Nismo yang mengekalkan profil sebuah Nissan V-Shape grill Nissan yang menyatukan lampu kanan dan kiri.

Bahagian hadapan tersebut merupakan gabungan antara muka Nissan Leaf dan Nissan Sentra baharu tetapi dihadikan dengan dengan bumper lebih lebar.

Sentuhan warna merah pada airdam memperkuatkan kesan sporty look, walaupun kenderaan ini sebenarnya jelas adalah sebuah MPV keluarga.

Bahagian belakang nampak berbeza menerusi lampu belakang yang “dipotong” pada bahagian sudut tegak, menjadikan Livina ini kelihatan sepetri sebuah X-Trail.

Di bahagian sisi, dipasangkan dengan skirting kemas dengan trim warna merah dan seperti lazim untuk nampak sporty, ia dipadankan dengan rim lebih besar dan kedudukan badan yang direndahkan.

Walaupun sekadar teknik grafik komputer, kami akui, ia sesuatu yang nampak boleh direalisasikan.

KREDIT: instagram @bayuhariw

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button