Buletin

PORSCHE BOXTER 718 DILANCAR-HARGA BERMULA RM480 RIBU

Apa yang anda tahu tentang Porsche Boxster? Kereta Porsche paling murah dalam senarai? Maaf, bukan yang ini. Boxster 718 merupakan rangkaian terbaru kini di kedudukan atas Cayman 718 atau lebih tepat, casis yang similar dengan sentuhan hardtop. Sekalipun dilabel sebagai entry level Porsche, pada harga RM480K ia adalah pilihan yang sangat berbaloi.

porsche-718-boxster-mekanika (1)

Terdapat 2 pilihan enjin disediakan untuk model ini. 2.0 turbo untuk Boxster dan 2.5 liter turbo Boxster S. Bentangan enjin identikal boxer kini “dikecilkan” kepada 4 selinder. Selamat tinggal boxer flat 6!

Jika saiz bukan halangan, enjin generasi baru dengan transmisi PDK ini menghasilkan kuasa lebih banyak berbanding generasi sebelumnya dengan enjin lebih besar. Enjin 2 liter Boxster mampu mengekstrak 300 kuasa kuda dan 380 paun tork sementara enjin Boxster S 2.5 liter pula sebanyak 350 kuasa kuda dan 420 paun tork.

porsche-718-boxster-mekanika (2)

Jadi berbaloi ke beli kereta ini?

Dalam kelasnya, sudah tentu kereta prestasi tinggi ini tak dapat dibandingkan dengan apa-apa yang dijual oleh pengedar sah. Kecuali dalam segmentasi berbeza seperti Mercedes Benz A45 AMG atau versi “recond” Nissan GTR (hakikatnya GTR beradu dengan 911 bukan 718).

porsche-718-image (1)

Kalau ada bajet setengah juta, model asas Boxster pun dah memadai. Kalau ada ekstra sehingga RM620,000, Bosxter S boleh jadi milik anda. Seperti biasa, Sime Darby Auto Performance (SDAP) lazimnya menyediakan pelbagai pakej dan kit tambahan, sila ke pengedar berdekatan untuk maklumat lanjut.

Kalau ini masih tidak cukup, anda mungkin boleh memesan Porsche 911 yang bermula pada harga RM870 ribu atau masih juga belum cukup? Beli saja 911 GT3 RS

Google ads
Back to top button