Buletin

TAYAR TRAK CONTINENTAL GENERATION 3 LEBIH JIMAT

Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd (CTM) baru-baru ini melancarkan tayar trak Generation 3 iaitu Conti Hybrid HS3, Conti Hybrid HT3 dan Conti Urban HA3.

Continental-Generation-3-mekanika (4)

Setiap tayar ini direka untuk dipadankan dengan gandar trak berbeza dan dibangun berdasarkan kepada kondisi jalan Asia yang unik. Continental telah menilai maklum balas daripada pasaran sebelum membangunkan tayar yang mampu memenuhi keperluan pelanggan di rantau ini.

“Tayar Continental Generation 3 mampu menawarkan jarak perbatuan 20 peratus lebih tinggi dan penjimatan bahan api sehingga enam peratus. Jadi, tayar Conti Hybrid 22.5 telah menetapkan satu standard baru dalam industri tayar trak.

“Bukan itu sahaja, tayar Generation 3 juga hadir dengan jaminan C3 Conti Casing yang membuktikan komitmen Continental terhadap kualiti produknya,” kata Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Cameron Wilson.

Continental-Generation-3-CHS3-mekanika (2)

Conti Hybrid HS3, tayar yang khusus untuk gandar belakang tampil dengan casing dan kord besi lebih kukuh. Ini bagi membolehkan kerja-kerja retread (tayar celup) dilakukan dengan lebih efisien.

Bunga tayar baharu yang lebih lurus juga memberikan maklum balas stereng yang tepat. Manakala ciri ketahanan haba dan mengeluarkan batu yang terlekat telah ditambah baik berbanding generasi sebelumnya. Tayar Conti Hybrid HS3 sesuai untuk kegunaan trak kontena, kargo, trak hazmat dan sebagainya.

Continental-Generation-3-mekanika (1)

Direka untuk gandar trak trailer, corak bunga tayar Conti Hybrid HT3 telah ditingkatkan bagi menawarkan kadar haus yang setara. Ia juga memiliki casing untuk tujuan retread dan menggandakan jangka hayat tayar.

Tayar ContiUrban HA3 pula direka untuk kegunaan bas di bandar. Dengan kompaun bunga yang lebih lebar,  ContiUrban HA3 menawarkan jarak perbatuan 20 peratus  lebih tinggi dan dua peratus lebih penjimatan.

Continental-Generation-3-HDR2+-mekanika (2)

Pada majlis sama, CTM turut memperkenalkan tayar HDR2+ yang direka untuk kegunaan jarak jauh, khas untuk segmen pengangkutan barangan. Dengan reka bentuk bunga dan kompaun yang tahan haus, tayar gandar belakang ini 25 peratus lebih tahan lama berbanding model sebelumnya, HDR1.

Continental menawarkan produk-produk Generation 3 dalam semua saiz yang popular dalam setiap segmennya. Conti Hybrid HS3 didatangkan dalam saiz 295/80R22.5 dan  Conti Hybrid HT3 dengan saiz 11R22.5.

Continental-Generation-3-CUA3-mekanika (3)

Tayar ContiUrban HA3 pula dalam saiz 275/70R22.5 dan 11R22.5. Sementara HDR2+ boleh didapati dalam saiz 11R22.5, 295/80R22.5 dan 315/80R22.5.

Semua tayar ini dihasilkan di kilang Continental di Petaling Jaya dan sudah boleh dibeli di BestDrive, Continental, Dunlop Klinikar serta Viking Stores di seluruh negara.

Google ads
Back to top button