Artikel Pilihan

PORSCHE MULAKAN UJIAN PROTAIP LMDH, V8 TURBO BERKEMBAR DENGAN HIBRID

Porsche telah memulakan ujian pada model protaip LMDh yang akan berlumba di Kejuaraan Dunia FIA Endurance dan juga IMSA Wheather Tech SportCar Championship dengan menggunakan enjin V8 dipadankan dengan teknologi turbo berkembar dan juga sistem hibrid

Semua peserta di WEC dalam kategori Hypercar mesti menggunakan sistem hibrid tapi tidak boleh melebihi 670 kuasa kuda dan bebas menggunakan pelbagai jenis enjin yang dimahukan oleh mereka. Sebagai contoh Toyota GR010 menggunakan enjin 3500cc V6 turbo berkembar dengan sistem hibrid. Namun Porsche masih berahsia berkenaan saiz enjin yang akan digunakan nanti.

Porsche juga mengesahkan kereta lumba mereka akan menggunakan bateri hibrid yang akan dibekalkan oleh Williams Advanced Engineering, motor-generatorunit serta sistem inverter akan dibekalkan oleh Bosch dan sistem transmisi oleh Xtrac serta sistem cesi daripada Multimatic, iaitu firma kejuruteraan daripada Kanada

Bagi tujuan regulasi, enjin mesti datang dengan berat minima 180kg termasuk sistem suapan udara, ekzos serta komponen penyejukan. Berat keseluruhan prototaip juga tidak boleh melepasi 1030kg. Ini kerana jentera ini juga akan digunakan bagi perlumbaan 24 Jam Daytona da juga 24 Jam Le Mans

Enjin V8 bi-turbo dipilih oleh Porsche kerana ia menawarkan kombinasi terbaik untuk prestasi, berat dan juga kos pembangunan. Ujian yang dimulakan oleh Porsche ini merupakan ujian awal kepada semua sistem bagi projek ini. Bagi kelas Hypercar, enjin ini tidak boleh melebihi 10,000 RPM dan pelepasan bunyi tidak boleh melebihi 110 decibels

Porsche LMDh akan menggunakan platform yang berasaskan cesi LMP2 yang boleh dihasilkan oleh 4 firma kejuruteraan pada ketika ini iaitu Dallara, Ligier, ORECA dan juga Multimatic

Google ads
Back to top button