Buletin
WARGA EMAS KANTOI PANDU KENDERAAN TANPA LESEN SELAMA 70 TAHUN
Pegawai polis di United Kingdom (UK) terkejut apabila mendapati seorang warga emas berusia 83 tahun mendakwa memandu tanpa lesen sejak usia 12 tahun lagi.
Lelaki terbabit yang tidak pernah kantoi oleh pihak berkuasa ditahan selepas tujuh dekad memandu secara haram.
Pihak polis menahan warga emas yang memandu Mini One berwarna biru di bandar Bulwell berdekatan sebuah pasar raya.
Dia memberitahu lahir pada tahun 1938 dan mula memandu sejak berusia 12 tahun tanpa sebarang dokumen sah.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak pernah terbabit dalam kemalangan sepanjang memandu selama lebih 70 itu.
Tidak dapat dipastikan tindakan yang dikenakan terhadap warga emas memandu tanpa lesen berkenaan. – carscoops
- BACA: JPJ LAKSANA SISTEM PENGUJIAN LESEN MEMANDU SECARA AUTOMASI APRIL INI
- BACA: DAKWAAN LESEN GERENTI LULUS, JPJ DAN SPRM BUAT SIASATAN SEGERA
- BACA: POLIS CADANG WARGA EMAS HENDAK PERBAHARUI LESEN MEMANDU JALANI PEMERIKSAAN DOKTOR
- BACA: BENGANG PAM MINYAK KENA SAILANG, KEPALA WARGA EMAS DIPUKUL DENGAN HELMET