Buletin

PORSCHE SENTUHAN PERTAMA RAUH-WELT BEGRIFF (RWB) UNTUK DIJUAL

Semalam saya terlihat seorang kawan memuat naik iklan sebuah kereta BMW E30 M3 untuk dijual. Atas sebab tertentu, kereta tersebut telah diubahsuai dengan posisi pemanduan sebelah kanan (RHD) berbanding spesifikasi asalnya pemanduan kiri (LHD).

Ternyata dari situ saya belajar di mana banyak komen netizen yang berasa kesal bila sebuah kereta ikonik “diusik” dengan modifikasi yang mana pengikut setianya menganggap ia satu “dosa”.

porsche-911-rwb-3

Begitu juga yang berlaku pada Porsche sentuhan RWB (Rauh-Welt Begriff) bilamana model-model ikonik Porsche 930, 993 dan 994 diubahsuai dengan ekstrim (tapi tidaklah seikonik E30 M3). Nakai San dikritik dan peminat sejati Porsche menganggap Nakai telah “merosakkan” sebuah model yang sedia cantik.

Namun bagi penggiat seni seperti Akira Nakai, tiada yang lebih bermakna menjadikan sebuah ikonik kepada lagenda. Antara kereta beliau yang saya kira paling diingati ialah “The Prince. Projek Porsche hijau dari Philadelphia ini dirakam dalam momen video paling menarik pernah difilemkan.

porsche-911-rwb-1

Tapi ada yang lebih istimewa dari itu, projek RWB Porsche 964 yang pertama di Amerika kini disenaraikan unntuk dijual oleh laman web Hemmings. Ia dikenali dengan gelaran Mignonette Green.

Kereta ini dipasangkan dengan aksesori lengkap dari set enjin yang dipertingkatkan kepada badan lebar tipikal RWB. Senarai pengubahsuaiannya cukup panjang melibatkan lebih 300 komponen perkakasan baru dan lebih unik lagi ia adalah yang pertama diubahsuai di Amerika.

porsche-911-rwb-4

Jadi berapakah harganya?

Jika anda mempunyai satu unit buah pinggang yang masih elok untuk dijual pun belum tentu dapat memilikinya. Harga tawarannya ialah USD 219,888 atau bersamaan dengan RM918,000.

Tambah sikit dah boleh beli 911 turbo GT3 agaknya. Tapi inilah objek yang ikonik.

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button