Buletin

PORSCHE UNTUNG BESAR, PEKERJA TERIMA BONUS KHAS SEHINGGA RM46,000

Tahun lepas merupakan tahun gemilang buat syarikat Porsche AG yang berjaya mencatatkan keuntungan paling besar dalam sejarah.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan antara Kesatuan Sekerja dan Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif, bonus khas keseluruhan sebanyak Euro €9,656 (RM46,000) telah diberikan kepada pekerja.

Ia dilakukan dalam dua komponen berasingan. Peringkat pertama ialah bayaran sebanyak Euro €8,600 (RM40,000) sebagai “prestasi kakitangan terbaik untuk tahun fiskal 2017”.

BACA: PEKERJA AUDI DAN BMW ANCAM MOGOK

Peringkat pembayaran kedua ialah sumbangan €700 (RM3,300) untuk skim pencen mereka.

Semua pekerja Porsche AG juga mendapat tambahan €356 (RM1,700) sebagai bonus ulangtahun ke 70 Porsche semenjak ditubuhkan pada 1948. Dianggarkan, seramai 23,000 orang pekerja menikmati faedah ini dan kesemuanya diselaras mengikut jam bekerja dan kelayakan servis tahunan masing-masing.

“Pekerja Porsche layak mendapat bonus ekstra pada tahun ini,” ujar Pengerusi Kesatuan Sekerja, Uwe Huck. Selepas kesemua ini, ia adalah kerjasama kumpulan, kejayaan bersama.”

“Kerana ini lah saya bangga dengan prestasi pasukan Porsche. Motto kami: Kurang Bercakap, Lebihkan Kerja”

Porsche mencatatkan jualan memberangsangkan dengan peningkatan penghantaran lebih 4 peratus, hingga 246,000. Ini memberi keuntungan sebanyak €23.5 billion (RM111b) dan kos operasi €4.1 billion (RM19b).

Dalam masa yang sama, tenaga kerja bertambah 8 peratus, hingga 29,777 pekerja.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button