Buletin

PRODUKSI LAMBORGHINI HURACAN CECAH ANGKA 20,000 UNIT

Sebelum ini Lamborghini mungkin sukar untuk mencapai angka produksi melebihi 20,000 unit dalam tempoh yang singkat.

Lihat sahaja pada produksi model Gallardo, di mana model tersebut secara keseluruhannya dihasilkan sebanyak 14,022 unit untuk tempoh 10 tahun (2003-2013).

Namun, kini Lamborghini hanya memerlukan masa lima tahun sahaja dengan model Huracan, di mana model tersebut kini mencecah angka produksi sebanyak 20,000 unit!

Unit yang ke-dua puluh ribu itu merupakan Huracan Super Trofeo Omologata yang dikemaskan dengan warna matte gray, dan dimiliki oleh warga Monaco.

Sepanjang tempoh produksi, Huracan mempunyai kira-kira 12 versi jalanan, serta tiga versi litar.

Versi jalanan yang ke-13 – juga dikatakan model V10 yang terakhir yang terakhir – bakal dipegang oleh model all-terrain Sterrato yang akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan.

Huracan masih lagi merupakan model Lamborghini yang paling popular, namun hanya masa yang dapat menentukan bilakah takhta Huracan akan dirampas sepenuhnya oleh Urus.

Ini kerana, SUV pantas tersebut sudah pun mencapai angka produksi berjumlah 15,000 unit hanya dalam masa tiga tahun sahaja!

Google ads
Back to top button