Artikel Pilihan

HONDA SUPER CUB – KHAZANAH BERHARGA PEJABAT POS JEPUN

Sesiapa sahaja yang pernah jejakkan kaki ke Jepun mesti akan perasan dengan Honda Super Cub merah dengan beg-beg surat sedang mencelah di tengah kesibukan trafik. Inilah motosikal rasmi posmen Japan Post. Japan Post memang mempunyai hubungan yang cukup lama dengan Super Cub keluaran Honda.

Hubungan antara keduanya bermula seawal tahun 1971 bila Honda mula bangunkan motosikal khusus untuk perkhidmatan pos. Kini Japan Post dengan bangganya mengalu-alukan kepulangan Super Cub serba baharu.

Biasanya cara perkhidmatan pos menghargai sesuatu produk, mereka akan mengeluarkan setem kenangan tapi kali ini berbeza. Khusus untuk Super Cub, mereka telah mengeluarkan maekake tradisional Jepun. Apa benda tu? Alah, yang macam apron dan selalu dipakai oleh pemilik kedai-kedai kat Jepun sejak zaman dahulu kala tu. Walaupun sudah lama diperkenalkan, kebanyakan peniaga masih memakainya sewaktu menghidangkan makanan kepada pelanggan ataupun memotong ikan tuna mahal untul dibuat sushi.

Satu lagi produk ialah yunomi ataupun cawan/gelas untuk minum the yang diperbuat daripada seramik. Tahan panas weh benda ni, kalau tak takkan la kereta mahal gunakan seramik sebagai material untuk hasilkan cakera brek.

Motosikal khusus untuk perkhidmatan pos dinamakan Super Cub MD50, MD90 ataupun MD100 bergantung kepada saiz enjin. MD pula bermaksud Mail Delivery.

Sekitar tahun 60an, Jepun mula membangun dan Kementerian Pos dan Telekomunikasi Jepun meminta pengeluar motosikal mereka kenderaan kecil khusus untuk hantar surat-menyurat. Honda menghantar sebuah Super Cub yang telah diubahsuai dan menang.

Hasil kejayaan tersebut, Honda terus menghasilkan model-model MD khusus untuk kegunaan Japan Post. Ia mempunyai tempat khusus di bahagian hadapan untuk membolehkan para posmen menyangkut beg surat. Lampu utamanya juga diletakkan lebih tinggi berbanding Super Cub standard.

Perbezaan paling besar ialah pada ukuran saiz tayar. Super Cub biasa dilengkapkan dengan rim bersaiz 17 inci tapi versi MD ini cuma mempunyai rim bersaiz 14 inci supaya lebih mudah untuk digunakan di jalan-jalan sempit.

Semua Honda Super Cub MD dilayangkan dengan warna merah terang yang merupakan warna rasmi Japan Post.

Amacam, minat nak beli ke? Payah sikit sebab ia tidak dijual kepada umum tapi dalam kalau terpakai ada kot. Tak pun beli Super Cub pergi convert macam la tak biasa buat.

Google ads
Back to top button