Buletin

PROGRAM VOLKSWAGEN CARES

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Bagi menambah baik dan meningkatkan pengalaman pemilikan berterusan, Volkswagen Group Malaysia menganjurkan Program Volkswagen Cares.

volkswagen-care-mekanika (1)

Program itu melibatkan satu siri bengkel kereta secara percuma eksklusif untuk para pemilik kenderaan Volkswagen.

Sesi pertama itu dijalankan di Volkswagen Wearnes Sg Besi dan telah dihadiri oleh 12 orang pemilik kenderaan Volkswagen.

volkswagen-care-mekanika (5)

Bengkel berkenaan dibahagikan kepada dua bahagian. Ia merangkumi aspek keselamatan, tip-tip menjimatkan bahan api, langkah-langkah keselamatan anak-anak yang betul serta apa yang perlu dilakukan dalam situasi kecemasan.

Penerangan lanjut mengenai perbezaan ciri yang ada pada kenderaan Volkswagen dan bagaimana ia boleh digunakan sepenuhnya untuk manfaat para pemiliknya juga diberikan.

volkswagen-care-mekanika (4)

Demonstrasi secara amali berkaitan tip-tip penyelenggaraan dan pemeriksaan mudah ada ditunjukkan oleh juruteknik selepas jualan yang terlatih.

“Volkswagen Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan inisiatif ini.

volkswagen-care-mekanika (3)

“Kami percaya dengan memperkasakan para pemilik dengan pengetahuan, kesedaran dan ilmu yang betul bersama usaha Volkswagen, kami mampu meningkatkan pengalaman pemilikan mereka secara keseluruhannya. Ini adalah bukti bahawa para pelanggan sememangnya menjadi keutamaan kami,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Program percuma ini akan dianjur dan dijalankan oleh para pengedar Volkswagen yang mengambil bahagian untuk para pelanggan masing-masing.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button
Close