
KARNIVAL MAZDA ZOOM ZOOM
Bermaz Motor Sdn. Bhd. akan menganjurkan karnival Mazda Zoom Zoom di beberapa pusat jualan Mazda bermula hari ini.
Karnival berkenaan akan berakhir di pusat membeli belah One Utama, Damansara pada 30 Mac sehingga 3 April.
Bermaz Motor menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya baucar Bonanza Mazda dan jam eksklusif Mazda EPOS untuk pelanggan yang membuat tempahan.
Selain itu, semua pemilik Mazda akan menikmati jadual penyelenggaraan percuma selama tiga tahun mengikut standard pengeluar. Ini bermaksud pelanggan tidak perlu mengeluarkan wang walaupun untuk caj buruh dan alat ganti. Bagaimanapun tawaran menarik itu tidak melibatkan model pikap BT-50.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Kunjungi pusat jualan Mazda berhampiran yang terlibat. Berikut ialah senarai lokasi karnival Mazda Zoom Zoom:
Mazda Glenmarie (5&6 Mac)
7 Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Section U1, 40150 Shah Alam, Selangor
Mazda Puchong (5&6 Mac)
Lot 2-G-1, Menara 2 @ PFCC Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Mazda Ampang (19&20 Mac)
No 214, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Mazda Kajang (19&20 Mac)
Lot 1872 Block C/D, Jalan Semenyih, 43300 Kajang, Selangor
Mazda Padang Jawa (26 & 27 Mac)
Lot 765, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor