Buletin

RANGKAIAN A-CLASS 2016

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan generasi baharu A-Class ke pasaran tempatan.

Mercedes-Benz A 200-mekanika (2)

Selepas tiga tahun berada di pasaran tempatan, model kelas kompak premium itu menerima penambahbaikan baharu. Agar kekal segar dan mengekalkan status pendahulu dalam segmennya.

Generasi 2016 itu menerima  varian baharu A180 menyertai varian sedia ada A200, A250 Sport dan Mercedes-AMG A45 4MATIC.

Mercedes-Benz A 180-mekanika 10)

Model A180 dilengkapi enjin 1.6 liter pengecas turbo. Enjin sama yang ditemui pada A200.

Bagaimanapun enjin tersebut ditala dan mampu menghasilkan kuasa 122hp pada 2000rpm dan tork 200Nm pada 1250 sehingga 4000rpm.

Mercedes-Benz A 180-mekanika (15)

Pecutan dari sifar sehingga 100 kilometer sejam (km/j) mampu dilakukan dalam tempoh 8.6 saat dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

Dipadankan dengan transmisi 7G-DCT dual-klac membantu kepada kecekapan bahan api sebanyak 5.4 sehingga 5.1 liter setiap 100 kilometer.

Mercedes-Benz A 250-mekanika (3)

Kesemua varian didatangkan dengan Dynamic Select sebagai standard.

Dengan hanya sentuhan butang pada butang mod Comfort, Sport, Eco dan Individual, karakter enjin, transmisi, stereng dan pendingin hawa berubah mengikut pilihan.

Mercedes-Benz A 200-mekanika (15)

Sementara itu,  AMG A45 juga menerima perubahan pada bahagian enjin. Model prestasi itu lebih berkuasa dengan penambahan 21hp menjadi 381hp dan tork setinggi 475Nm.

Pihak Mercedes-Benz melakukan perubahan pada luaran dan kabin A-Class agar lebih segar.

Mercedes-AMG A 45-MEKANIKA

Bahagian hadapan kini didatangkan dengan rekaan bampar baharu dengan padanan gril diamond. Ia dilengkapkan dengan lampu LED baharu bersama lampu tinggi Adaptif. Tidak ketinggalan lampu belakang LED diperbaharui.

Beralih ke belakang, pengeluar Jerman itu memadankan A-Class dengan ekzos berkembar supaya tampil sporty dan dinamik.

Mercedes-Benz A 250-mekanika (21)

Masuk ke kabin, skrin paparan media lebih besar bersaiz 8 inci.  Papan pemuka didatangkan dengan material, warna, dan kemasan baharu. Paparan Eco juga ditunjukkan dalam bentuk baru agar lebih intuitif.

Selain itu, pelarasan kedalaman kusyen kerusi boleh mencapai sehingga 60 milimeter.

Mercedes-Benz A 200-mekanika (9)

Walaupun A-Class hanyalah model asas, peringkat keselamatan masih lagi tinggi. Beberapa barisan sistem bantuan pemandu membantu menghindari berlakunya kemalangan antaranya, Collision Prevention Assist Plus, lampu brek adaptif dan Pre-Safe.

Harga jualan bagi model  A180 RM 195, 888 (tambahan RM1000 bagi rim 18 inci AMG), A 200 dengan AMG Line ialah RM205,888, A 250 Sport (RM238,888) dan A 45 4MATIC (RM348,888). Kesemua harga termasuk GST tanpa insurans.

 

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button