
PROMOSI AKHIR TAHUN HAVAL MALAYSIA – REBAT SEHINGGA RM6,300
Pengedar eksklusif kenderaan Haval di Malaysia, Go Auto Sales Sdn. Bhd. akan mengadakan promosi hujung tahun untuk semua model Haval.
Promosi yang bermula 15 November hingga 31 Disember 2018 itu menawarkan penjimatan sehingga RM6,3000 dan barangan Haval eksklusif kepada para pelangganyang membeli Haval H2.
Selain promosi sedia ada, Go Auto bakal menganjurkan siri jelajah ke IOI Citymall, Putrajaya dari 29 November – 2 Disember sebagai sebahagian daripada kempen Reimagine.
Pelanggan yang menempah Haval H2 pada siri jelajah layak menerima 3 kali servis percuma (termasuk alat ganti dan kos buruh) bernilai RM900 secara percuma.
“Dengan promosi ini, kami harap dapat memberi peluang kepada orang ramai untik memiliki sebuah SUV pada harga kompetutif,” kata Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal.
Maklumat lanjut mengenai kempen Reimagine, sila layari laman web: http://reimagine.haval.my/