Artikel Pilihan

PELURU BERPANDU DARI ZAMAN SILAM – RUF BTR 3.8

Kenapa saya menulis tentang RUF BTR 3.8 ? Kerana saya pernah memandunya. Bukan memilikinya 😝.

Pertama sekali, apa itu RUF ? Ruf Automobile GmbH merupakan pembuat kenderaan daripada negara Jerman. Jenama ini diasaskan oleh Mr. Alois Ruf Sr. pada tahun 1939. Ianya menggunakan chassis/kerangka kosong yang dibekalkan oleh Porsche.
 
Macam mana tu?
Dalam terma automotif, ia dikenali sebagai “bodies in white” yang membawa maksud chassis yang telah hampir siap. Cuma belum ada enjin, dan apa jua komponen yang bersambung dengan chassis. Termasuklah pintu.
 
Kita berbalik pada Ruf. Pernah dengar Alpina ? Brabus ? Haa, macam tu lah konsepnya. Jadi, Ruf ni menggunakan teknologi mereka sendiri untuk membentuk kenderaan ini menjadi sebuah “beast”.
 
Bagi model Ruf BTR 3.8 ini, BTR bermaksud “Gruppe B Turbo RUF”, kita lihat dulu trivia tentang RUF BTR 3.8 ini.
 
– Dilahirkan pada 1993
– Menggunakan Chassis Porsche 964
– Enjin Flat-6 Turbo bersesaran 3,746cc(3.8) yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 415hp dan 550Nm Torque. Gila !
– Engine Compression Ratio : 8:5:1
– Air-Cooled Engine
– Layout : Rear Engine/Rear Wheel Drive
– 6-Speed Manual
– Top Speed : 320Km/h
– 0-100km/h : 3.6s…..HAHAHAHA LAJU HANAT !!
– Kebanyakan model RUF adalah special build, jadi, kebiasaannya pihak RUF akan engrave sekali nama owner pada patch chassis number kenderaan ini.
– Suspensi : Depan Strut McPherson, belakang Semi Trailing Arm
 
Baiklah, habis sudah bahagian trivia. Kita masuk bahagian penjagaan (dibaca : maintenance).
 
🛠Servis
 
🔧Engine Oil Service Package
Enjin ini menggunakan lebih kurang 9 Liter minyak enjin. Kelikatan minyak yang dicadangkan pula adalah Fully Synthetic 5w40 atau 5w50. Perlu diingat, enjin ini menggunakan “dry sump” dan proses menservisnya pula bukan seperti kereta biasa. Kos adalah dalam lingkungan RM2,000 – RM2,600.
 
🔧Transmission Service Package
Sistem Transmisi kenderaan ini dilengkapi dengan Sistem Manual 6-Kelajuan. Jadi, untuk menservisnya, tidaklah terlalu sukar dan leceh. Ia memerlukan 3.6Liter Gear Oil dengan kelikatan 75w-90 GL-5. Kos adalah dalam lingkungan RM1,300 – RM1,800.
 
🛠COMMON WEAR & TEAR PARTS
Kena ingat, kereta ini dilahirkan pada tahun 1993. Sudah berusia 25 tahun. Jadi kemungkinan untuk “wear & tear parts” sudah habis/rosak adalah dijangka.
 
Baiklah, kita mulakan.
 
🔧Front & Rear Brake Pad
Pilihlah yang tulen. Itu je. Lagi-lagi bila bermain dengan kereta lama seperti ini. Harga dalam lingkungan RM1,400 – RM1,800. Mahal ? Brembo ni Tuan-tuan.
 
🔧Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM8,000 – RM9,000 bagi keempat-empat unit brake rotor.
 
🔧Spark Plug
Enjin Flat-6. Maknanya ada 6 silinder. Bila 6 silinder maknanya ada 6 biji spark plug. Kosnya ? Dalam lingkungan RM400 – RM600. Leceh tak ? Mekanik tengok pun takut Tuan-Tuan.
 
🔧Drive Belt
Yang ni murah sikit rasanya. Dalam lingkungan RM300 – RM400. Leceh ? Lecehhhhh
 
🔧Valve Cover
Biasanya “oil leak” lah pada bahagian ini. Kos adalah dalam lingkungan RM1,500 – RM2,000 berserta upah.
 
🔧Engine Mounting
Kalau nak tukar clutch, alang-alang baik tukar Engine Mount sekali. So, takdelah kena dua kali upah nanti. Kos dalam lingkungan RM2,300 – RM4,000 untuk sepasang.
 
🔧Tayar
Depan : 235/40ZR 18.
Belakang : 265/35ZR 18
Macam biasa, pergi usha sendiri harganya.
 
🔧Clutch
Seperti kenderaan manual biasa, RUF BTR 3.8 ini juga mempunyai klac untuk menghubungkan kuasa dari enjin ke sistem transmisi lalu ke tayar. Dan klac adalah satu benda yang akan habis. Kos untuk menukar klac set adalah dalam lingkungan RM7,000 – RM9,000. Enjin kena turun ye Tuan- Tuan.
 
🔧Aircond Compressor
Jarang rosak, tapi boleh rosak. Kalau rosak ? Kerugian dijangka dalam lingkungan RM6,500 – RM7,500. Tu pun OEM 😅
 
🔧Fuel Pump
Hmm, keras. Original dalam lingkungan RM4,900 – RM6,000. Lepas tukar jangan lupa buat key initilization ye. Kalau tak sampai ke sudah tak boleh start kereta tu.
 
🔧Fuel Injector
Biasanya tersumbat(clogged). Nak tukar ? Renyah weii. Kos ? Ada 6 biji. Sebiji dalam lingkungan RM1,500.
 
🔧Absorber
Haha. Dalam lingkungan RM11,000 – RM13,000. Absorber sahaja. Tak termasuk bump stop, top mounting dan lain-lain. Haha. Haha. Hahahaha 😭😭😭
 
Kesimpulannya, kenderaan ini adalah SUPERCAR yang sangat hebat pada zamannya.
Pada tahun 1993, ia boleh pandu sehingga 320km/h, tak ke gila tu ? Dan harganya pula makin lama makin naik kerana nilainya. Bayangkan, Porsche 964 mint condition sahaja sudah berharga GBP248,000. Dalam lingkungan RM1.3 juta. Apatah lagi model RUF BTR 3.8 ini kan ? Jumlahnya pula agak terhad. Ini baru betul mainan orang kaya. Ada duit pun belum tentu boleh beli.
 
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari.
 
Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh hubungi saya atau datang berjumpa saya sendiri dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua.
 
Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd
Google ads
Back to top button