Buletin

PROMOSI VW SEMPENA CNY. JIMAT SEHINGGA RM8K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menyambut kemeriahan Tahun Baru Cina kali ini dengan “wong” untuk semua.

Bermaksud nasib yang baik dalam bahasa Kantonis, ada “wong” buat mereka yang berminat untuk memulakan tahun baru dengan sebuah Volkswagen baharu serta pelanggan Volkswagen sedia ada.

Model dan penjimatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Bagi yang ingin membeli sebuah Tiguan (Highline, JOIN dan Sound & Style) mereka akan menikmati “wong” kerana ia kini hadir dengan tambahan insurans dan rebat petrol percuma selama setahun.

Sempena sambutan CNY, Volkswagen kini menawarkan pelbagai tawaran buat para pemiliknya. Ini termasuklah pemeriksaan percuma 20 poin, diskaun sehingga 20% ke atas bateri dan tayar dan paket angpow Volkswagen percuma.

Bukan itu sahaja, pemilik dengan baucar penyelenggaraan percuma yang berbelanja minimum RM388 akan menerima isian bendalir penyejuk, pembersih cermin utama dan minyak enjin secara percuma.

Sementara mereka tidak mempunyai baucar hanya perlu berbelanja minimum RM488 untuk memanfaatkan tawaran tersebut. Pelanggan boleh menikmati tawaran sama dengan belanja minimum RM288.

Tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat, sah sehingga 29 Februari 2020.

Tags
Google ads
Back to top button