Buletin

MASALAH TOYOTA SEKARANG, MODEL HIBRID SEMAKIN LAKU DAN TIDAK DAPAT PENUHI PERMINTAAN

Toyota kini dilapor berdepan masalah untuk memenuhi permintaan model hibridnya

“Satu-satunya perkara yang menjadi penghalang ialah kapasiti. Kami tidak dapat hasilkan Corolla dan RAV4 hibrid seperti yang diminta oleh pelanggan,” kata Naib Presiden Ekskutif Toyota Amerika Utara, Bob Carter. 

Ketika pengeluar kenderaan lain mula meninggalkan teknologi hibrid dan melabur berbilion dolar ke atas pembangunan kereta elektrik, Toyota menyaksikan kenaikan mendadak terhadap 14 model hibrid keluarannya. 

Malah, model hibrid mewakili 13 peratus daripada jualan keseluruhan Toyota dan Lexus di AS dengan RAV menyumbang hampir satu perempat daripadanya. 

Toyota sebenarnya tiada masalah untuk untuk menjual dua kali ganda jumlah RAV4 hibrid. Tetapi ia tidak dapat menyediakan bateri elektrik yang cukup untuk menghasilkan SUV popular tersebut. Toyota kini mempunyai bekalan stok selama 11 hari, berbanding 20 hari bagi RAV4 versi petrol.

Menurut Carter, ramai pelanggan berminat membeli RAV4 hibrid kerana gayaannya yang sporty, tork lebih tinggi, pacuan semua roda dan penggunaan bahan api yang sangat menjimatkan. 

Toyota dikatakan merancang untuk memindahkan produksi RAV4 hibrid dari Kanada ke kilang di Kentucky, AS mulai tahun ini. Selain menambah pilihan varian plug-in hybrid yang diimport dari Jepun. 

Walaupun nampak positif, populariti mendadak RAV4 dan Corolla hibrid membuatkan jualan Prius jatuh 21 peratus tahun lalu.  

Google ads
Back to top button