Buletin

KES CARLOS GHOSN: POLIS TURKI TAHAN 7 ORANG. INTERPOL KELUARKAN NOTIS MERAH KEPADA LUBNAN

Polis Turki telah menahan tujuh orang kerana disyaki membantu bekas ketua Nissan, Carlos Ghosn meloloskan diri ke Lubnan, melalui Istanbul. 

Mereka yang ditahan terdiri daripada empat orang juruterbang, seorang pengurus syarikat kargo dan dua orang pekerja lapangan terbang. 

Tangkapan itu dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri Turki melancarkan siasatan ke atas transit oleh  Ghosn selepas lari daripada tahanan rumah di Tokyo.

Menurut media Turki, pesawat peribadi Ghosn tiba di lapangan terbang Atarturk pada jam 5.30 pagi waktu tempatan selepas tiba dari Osaka. 

Polis sempadan Turki tidak diberitahu tentang kehadiran Ghosn di dalam pesawat berkenaan dan dia tidak didaftar sebagai memasuki atau keluar dari Turki. 

Ghosn kini menjadi pelarian paling popular Jepun selepas berjaya melarikan diri pada  Selasa lalu. Dia berbuat demikian kerana ingin melarikan diri daripada sistem keadilan Jepun yang ‘kejam’. Tindakan itu membuatkan ikat jamin sebanyak RM32 juta yang dibayar sebelum ini dibatalkan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Lubnan telah menerima satu ‘notis merah’ daripada pihak Interpol untuk menahan Ghosn dan ia masih belum diserahkan kepada badan perundangan negara tersebut.

Notis merah merupakan permohonan polis di seluruh dunia untuk menahan individu yang masih belum diekstradisi, menyerah diri atau sebagainya. 

Untuk makluman, Lubnan tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Jepun. Terdahulu, Perancis menegaskan ia tidak akan mengekstradisi Ghosn jika dia masuk ke negara itu. 

Tags
Google ads
Back to top button