;
Buletin

PROTON BUKA PUSAT JUALAN 3S DI LAHAD DATU

Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd telah membuka satu lagi pusat 3S PROTON di Sabah. Kali ini, cawangan baharu tersebut terletak di Lahad Datu dan merupakan yang kedua selepas pusat 3S yang dibuka oleh Fook Loi di Sandakan tahun lepas.

Cawangan 3S di Lahad Datu ini adalah yang pertama dibuka oleh pengedar Sabah yang menampilkan warna-warna Identiti Korporat baharu PROTON. Sebagai sebuah pusat 3S, ia menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat-alat ganti untuk semua jenis kereta Proton. Kos bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf cawangan baharu ini bernilai kira-kira RM2 juta.

Cawangan-cawangan baharu serta produk yang terbaik membantu kejayaan PROTON Cawangan 3S baharu Fook Loi akan menyediakan pelanggan dengan pengalaman pemilikan PROTON yang hebat. Suasana premium dan kawasan menunggu pelanggan yang akan memberikan keselesaan untuk melihat keretakereta baharu Proton dan menunggu kereta mereka yang dihantar untuk diservis. Antara lain yang disediakan untuk pelanggan adalah tempat mengecas komputer riba dan telefon bimbit serta ruangan minuman atau kopi.

Majlis telah dirasmikan oleh Rajendran A/L Nambiappan, Ketua Pengurusan Jualan PROTON serta turut dihadiri oleh barisan Pengarah Fook Loi dan ahli Pengurusan Kanan PROTON.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi, Thomas Chiu Kui Yin, percaya bahawa model-model baharu dan yang dipertingkat adalah penyumbang kepada pertumbuhan jualan PROTON pada tahun 2019. “PROTON sinonim dengan kebanggaan negara dan dengan teknologi baharu yang dipasang pada kereta-kereta Syarikat, ia kembali menjadi jenama kepercayaan rakyat Malaysia. Kereta-kereta Proton juga kini lebih menarik bagi pembeli kereta generasi muda, yang boleh membantu membina kesetiaan kepada jenama,” katanya.

PROTON terus menjadi jenama dengan jumlah pusat 3S/4S terbanyak di seluruh negara Dengan pembukaan cawangan baharu di Lahad Datu, PROTON telah mengembangkan lagi jenamanya sebagai jenama automotif yang mempunyai cawangan 3S/4S paling banyak. Perancangan menaiktaraf cawangan yang berterusan, bermula pada bulan April 2018, telah menghasilkan sebanyak 91 cawangan baharu di dalam rangkaian Syarikat.

“Kami gembira dengan kejayaan yang dicapai. Jelas sekali bahawa cawangan-cawangan baharu yang dinaiktaraf ditambah pula dengan strategi peningkatan produk kami telah menghasilkan penambahbaikan pada persepsi jenama PROTON dan angka penjualan yang lebih tinggi. Kami dapat melihat perubahan pada pilihan pengguna di mana PROTON memperoleh populariti dari segi pilihan jenama dan ini telah membawa kepada angka pegangan pasaran sebanyak 18.1% untuk bulan Jun 2019, pencapaian terbaik Syarikat sejak Julai 2015,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Google ads
Back to top button