,
Buletin

MINI CONVERTIBLE SEMPENA ULANG TAHUN KE-60 MINI – 20 UNIT SAHAJA, RM279,888

MINI Malaysia hari ini melancarkan MINI Convertible sempena ulang tahun MINI yang ke-60 dengan hanya 20 unit ditawarkan pada harga RM279,888. 

Reka bentuk tersendiri

Warisan MINI dikekalkan melalui portfolio reka bentuk MINI Yours dengan lambang Union Jack yang disulam pada fabrik bahagian bumbung jentera ini.

Bumbung ‘soft top’ tersebut dapat dibuka secara elektrik dalam masa 18 saat walaupun ketika kereta bergerak pada kelajuan 30km/j. 

Apabila bumbung ditutup, lapisan fabrik itu mampu menebat bunyi dan memberi keselesaan sepanjang perjalanan.

Bumbung ini berbeza kerana ia lebih senyap, selain mempunyai mekanisme pintar lipatan Z yang boleh dioperasikan dalam tiga tetapan iaitu terbuka, tertutup dan sebagai sunroof. 

Jentera itu dilengkapi lampu hadapan dan belakang LED. Dikuasakan oleh set lampu dwi-LED, suluhan cahaya  menjamin tahap penglihatan dan keselamatan yang lebih baik untuk pemandu. Sementara lampu belakang pula menampilkan rekaan Union Jack.

Eksklusif untuk MINI Convertible, set roda 17” gaya ‘Rail Spoke’ bersama tayar ‘runflat’ ditawarkan.

MINI Convertible juga didatangkan dengan sistem Easy Load yang meningkatkan ruang bukaan kompartmen muatan dengan menarik bumbung ‘soft top’ di atas pintu but.

Prestasi efisien

Enjin MINI TwinPower Turbo empat silinder berkapasiti 2.0L mampu menjana kuasa 192hp dan tork 280Nm.

Berupaya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.1 saat, penggunaan bahan apinya cuma 5.7 liter untuk setiap 100 km. MINI Convertible juga boleh mencatat kelajuan maksimum 230km/j.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic Sports tujuh kelajuan. 

Tiga mod pemanduan ditawarkan. Untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api dan untuk membebaskan operasi enjin apabila pendikit tidak ditekan, anda boleh memilih mod GREEN.

Mod SPORT pula menjanjikan pengendalian dan pecutan lebih responsif. Sementara mod MID menawarkan manfaat kedua-dua mod yang dinyatakan tadi. 

Ruang kabin

Ruang dalaman MINI Convertible diserlahkan dengan material kulit ‘Chester’ berwarna coklat.

Anda boleh memilih 12 opsyen warna berbeza yang diiluminasikan daripada lambang rekaan Union Jack. Kereta ini turut didatangkan dengan paparan skrin sentuh 6.5 inci, MINI Centre Instrument. 

MINI Convertible menampilkan tuil gear elektronik dengan sistem baharu yang dapat kembali ke posisi asalnya selepas ia ditukar ke mod memandu ‘D’, posisi neutral ‘N’ dan mod mengundur ‘R’. Parking lock diaktifkan dengan menekan butang ‘P’. 

Model itu tampil dengan  pilihan warna biru, merah, oren, perak dan Starlight Blue.

Pelanggan yang membeli MINI Convertible bermula hari ini hingga 31 Ogos 2019 berpeluang menikmati Program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan. 

Untuk pembelian yang dibuat selepas 31 Ogos 2019, MINI Convertible akan ditawarkan bersama jaminan  tanpa had perbatuan selama 4 tahun dan servis berjadual percuma.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button