Buletin

PROTON CATAT JUALAN 114,708 UNIT PADA 2021. TERTINGGI SEJAK TAHUN 2014

Selepas setahun terjejas akibat pandemik, PROTON mengakhiri tahun 2021 dengan keputusan yang cemerlang. Jualan 14,147 unit pada Disember menaikkan jumlah jualan keseluruhan pada tahun lalu kepada 114,708 unit (pasaran tempatan dan eksport). 

Menjadi angka tertinggi sejak tahun 2014, ini merupakan kenaikan sebanyak 4.5 peratus berbanding  2020 dan peningkatan jualan untuk tiga tahun berturut-turut. Pencapaian itu cukup mengujakan kerana

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan telah menurun sebanyak 4.6 peratus kepada 505,000 unit.

Pegangan pasaran PROTON pada Disember adalah sekitar 20.6 peratus. Tetapi secara keseluruhan untuk

2021, pegangan pasaran dianggarkan pada 22.7 peratus, naik 2.0 peratus berbanding tahun 2020. Sekali gus mengukuhkan penguasaan syarikat di kedudukan kedua. 

Selepas melancarkan SUV pertamanya pada Disember 2018, ia menjadi semakin penting kepada angka jualan PROTON, terutama selepas pelancaran Proton X50 pada October 2020. Selepas berjaya  menjual 45,149 unit SUV pada 2021, Proton merampas gelaran jenama SUV paling laris di Malaysia apabila menyumbang hampir 40 peratus kepada jumlah jualan.

Proton X50 mengakhiri tahun lalu dengan jualan 28,774 unit dan mencapai jualan bulanan tertinggi pada Disember dengan 4,310 unit. Ini merupakan bulan kedua berturut-turut di mana jualannya melebihi 4,000 unit dan  menjadi bukti peningkatan pengeluaran dan penyerahan kepada pelanggan. 

Proton X70 pula mencatat jualan 16,735 unit dengan 1,616 unit pada Disember 2021. Angka itu membolehkannya mendahului SUV segmen-C dan menduduki tangga ketiga bagi jualan SUV secara keseluruhannya.

Model paling laris PROTON pada 2021 ialah Proton Saga dengan 42,627 unit, termasuk unit yang dihantar sebagai pek CKD ke luar negara.  554 unit Proton Exora dijual pada Disember, menyumbang kepada jumlah jualan sebanyak 4,035 unit bagi model PROTON yang mendahului kelas MPV segmen-C. 

Proton Persona dan Iriz juga menunjukkan prestasi yang baik pada Disember dengan jualan 2,187 dan 884 unit setelah masaalah bekalan cip semakin pulih. Jualan keseluruhan kedua-dua model itu ialah 16,153 dan 6,708 unit, cukup untuk berada di kedudukan ketiga dalam segmen masing-masing.

Google ads
Back to top button