Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – ADA MASIH INGAT LAGIKAH PADA HAVAL H1 INI?

Bersempena dengan awal tahun baharu 2022 ini, marilah BK bawakan artikel sembang santai. Idea pun tak berapa nak ada sebenarnya. Jadi, marilah kita interview sikit si Haval H1 ini. Entah apalah khabarnya kan?

BK : Assalamualaikum Haval H1. Apa khabar?

H1 : Alhamdulillah BK. Sihatlah sikit sikit. Maklumlah, musim hujan ni mudah terkena selsema.

BK : Banjir hari tu ada terkena tak?

H1 : Pun alhamdulillah juga BK. Saya masih selamat lagi. Rumah kediaman pun selamat juga.

BK : Alang – alang dah jumpa kau ni kan H1, apa azam kau tahun 2022 ni?

H1 : Hmmmmm sebut pasal azam ni, saya tak berapa nak pandai sangatlah BK. Tak tahu apa yang nak di azam kan. Azan Scan saya tahulah.

BK : Cis. Ni mesti kau dok layan GV tu kan.

H1 : Biasalah BK, dunia hiburan sesekali sedap juga kita layan.

BK : Apa apa ajalah H1. Hah, terlanjur dah jumpa kau ni, cuba ceritakan sikit perkembangan kau sekarang ni. Masih ada orang beli lagi ke?

H1 : Entahlah BK. Rasanya macam tak ada juga. Dulu dulu masa keluar adalah juga fan saya yang beli. Maklumlah, zaman sekarang ini kan ramai yang gemarkan model Crossover / SUV. Tapi itu dululah. Zaman Ativa sama Iriz Crossover sama Axia Crossover belum wujud lagi.

BK : Haah lah kan. Setidaknya sewaktu di awal penjualan kau dahulu, masih ada juga pembeli yang memilih kau ini kan? Iyalah masa tu segmen kau ni masih kosong. Tiba – tiba aja kau terjah masuk pasaran. Walau pun harga kau waktu tu mungkin dianggap mahal.

H1 : Iya ke mahal BK? Ok lah kan. Kalau spec premium dalam 70 ribu lebih, siap dapat build in Smart Tag lagi kan.

BK : Betul, spec premium kau boleh tahan juga di time tu. Ada Smart Tag terbina dalam, dashcam dan paling penting guna kotak gear AMT.

H1 : Hah! Betul tu BK. Time tu, ramai yang berkata bahawa Smart Tag terbina dalam ni merupakan ciri yang cukup dihargai time tu. Tak payah nak kena pegang sambil berdebar buka ke tidak palang tol ni nanti. Berdasarkan spec yang ada, rasanya saya ni patut lebih laku lagi sebenarnya kan.

BK : Itulah. Agaknya sentimen produk China masih lagi kuat di kalangan rakyat kita. Kalau kau ni dah tukar logo pakai jenama Rawang, Tg Malim atau pun Pasir Mas, aku yakin kau ini pasti boleh laku keras. Tapi kan H1, kau ini sebenarnya kira dah nak masuk kategori senja juga kan dalam pasaran.

H1 : Hah! Itu pun betul juga. Kalau untuk global, sebenarnya saya ini pun dah punya model pengganti, Haval H1 II. Tapi berdasarkan situasi sekarang, untuk pengganti tersebut dibawa masuk ke ini agak mustahil. Jadinya mungkin elok saya undur diri sahajalah dalam pasaran.

BK : Baiklah H1. Aku nak minta izin nak undur diri dulu ni. Maklumlah, musim hujan sebegini risau juga dengan keadaan semasa. Engkau jaga diri ya.

H1 : BK jaga diri juga.

BACA : SEMBANG SANTAI – LAMA TAK DENGAR CERITA SI KELISA

BACA : SEMBANG SANTAI – HOKWIL IN DA HOUSE YO!

Google ads

B K

Back to top button