Buletin

PROTON DEDAH VIDEO KUALITI PEMANDUAN PERSONA

Sempena ketibaan model Persona tidak lama lagi, Proton telah menyiarkan satu klip video pendek mengenai  sesi ujian yang dilakukannya melibatkan model tersebut. 

Proton-Persona-safety-test-2016-mekanika (3)

Video berdurasi 1 minit 44 saat itu banyak dikongsi oleh peminat Proton di laman sosial terutama Facebook. Selepas menontonnya berulang-ulang kali, saya perlu akui bahawa Persona baharu mempunyai kualiti pengendalian yang boleh dibanggakan.

Jelas dapat dilihat bahawa Proton meneruskan fokusnya terhadap aspek keselamatan. Pada masa yang sama tidak mengabaikan tentang keseronokan memandu.

Proton-Persona-safety-test-2016-mekanika (4)

Ujian-ujian seperti slalom, mengelak halangan dan sebagainya jelas menunjukkan keupayaan mantap Persona. Cakap banyak tak guna, tengok sahajalah video di bawah ini.

 

Google ads
Back to top button