PROTON ENGGAN KE PASARAN INDONESIA, THAILAND, PERSAINGAN TERLALU SENGIT – DR LI CHUNRONG
Proton dilaporkan akan meningkatkan pengeluaran kenderaannya kepada 500,000 unit setahun dengan 50 peratus daripada jumlah tersebut dirancang untuk dieksport ke beberapa negara.
Walau bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong mendedahkan Proton tidak mungkin kembali dalam pasaran Indonesia atau Thailand.
Perkara berkenaan dinyatakan dengan mengambil kira persaingan dalam industri automotif di kedua-dua negara, di mana Indonesia dan Thailand mampu mengeluarkan lebih 1 juta kenderaan setahun.
“Jadi jika anda ingin bersaing di sana anda perlu bersedia dengan produk anda dan ini sangat penting jika anda mahu bersaing.
“Kami kalah di Thailand dan Indonesia jadi kami tidak mahu mengalaminya buat kali kedua,” tegas Li Chunrong.
Beliau kemudian berkata masih banyak lagi pasaran automotif lain yang berpotensi diusahakan oleh Proton.
Dengan cara ini, syarikat boleh menjadi lebih berdaya saing dalam persaingan global.
“Dunia ini sangat besar, bukan sahaja Indonesia dan Thailand,” akhirinya.
Proton memasuki pasaran Indonesia melalui PT Proton Edar Indonesia pada tahun 2007 dan melancarkan beberapa produk termasuk Proton Exora.
Malangnya, jualannya masih tidak mampu bersaing dengan pengeluar Jepun.
Pada 2017 misalnya, jualan Proton di Indonesia hanya mencecah 279 unit.
Jumlah ini kemudian bertambah buruk pada 2018 dengan hanya 83 unit atau penurunan sebanyak 70.3 peratus daripada tahun sebelumnya.
Pada 2019 Proton akhirnya secara rasmi meninggalkan pasaran Indonesia. – Katadata
- BACA: HASIL JUALAN PROTON TERUS KUKUH, LEPASI JUMLAH JUALAN SEPANJANG TAHUN – 141,900 UNIT
- BACA: SIAPA KATA SELEPAS JUALAN PROTON TAK BAGUS? ABANG BERAS HAPPY HANTAR X70 KE PUSAT 3S PROTON
- BACA: PROTON S70 RASMI DILANCARKAN – EMPAT VARIAN, JANA 150PS, HARGA BERMULA RM73K
- BACA: PROTON DAFTAR TANDA DAGANG NAMA PROTON X80 – BERDASARKAN LIBOYUE L ATAU BOYUE COOL