Artikel Pilihan

PAKAR KESELAMATAN IIHS – SEMUA KERETA DISARAN MENGGUNAKAN AEB DI BELAKANG KERETA

Teknologi keselamatan terknini menjadikan kereta penumpang semakin selamat saban hari, dengan keupayaan untuk mengesan kenderaan, objek, dan juga manusia yang berada di luar jangkauan penglihatan pemandu.

Sistem AEB yang ada pada hari ini boleh membrek secara automatik dan seterusnya mengelakkan berlakunya kemalangan. Namun buat masa ini teknologi ini hanya ditawarkan pada varian teratas sahaja di pasaran Malaysia dan merupakan oilihan yang boleh dibeli di Amerika

Menurut David Harkey, President IIHS menyatakan berdasarkan kajian yang dijalankan sistem AEB mampu mencegah dan “campur tangan” sebelum berlakunya kemalangan dengan efektif berbanding dengan teknologi lain yang ada

IIHS telah menguji 8 crossover yang telah dipasang dengan AEB pada bahagian belakang. 7 daripadanya iaitu Ford Escape, Honda CR-V, Mitsubishi Outlander dan Subaru Forester mendapat markah tertinggi iaitu Superior

Mazda CX-5, Toyota RAV4, dan Volkswagen Taos mendapat markah kedua tertinggi iaitu Advanced. Markah terendah diperolehi oleh Hyundai Tucson dengan penarafan Basic. Sistem ini menguji pencegahan kemalangan semasa mengundur dan memerlukan kos tinggi untuk dibaiki

Bagi pasaran Amerika, hanya Outlander sahajayang dipasang dengan AEB di bahagian belkang sebagai peralatan standard. IIHS juga mendapati hanya 23% kenderaan yang dijual pada tahun 2023 menawarkan AEB di bahagian belakang secara standard manakala 32% perlu dibeli dengan kos tambahan

Berdasarkan satu lagi badan bebas di bawah IIHS iaitu Highway Loss Data Institute mendapati kes kemalangan pada kenderaan yang dipasang dengan AEB di bahagian belakang menurun sebanyak 29%. Pada tahun 2022, badan ini mendapati 30% tuntutan pada tahun 2022 disebabkan kemalangan pada bahagian belakang memerlukan kos sehingga 4000 USD untuk dibaiki

Sebagai perbandingan, kos pemasangan AEB di bahagian belakang hanyalah sekitar 600 USD sahaja pada kenderaan yang tidak menawarkan ciri ini sebagai ciri standard. Namun sistem ini masih datang limitasi, ia hanya dipasang dengan sensor ultrasonic yang hanya mengesan objek dan bukannya pejalan kaki.

Kajian lanjut IIHS mendapati sistem AEB pada bahagian belakang yang digandingkan dengan kamera pandang belakang dan juga sensor parkir berupaya mengurangkan risiko kemalangan di bahagian belakang sehingga 78%.

Google ads
Back to top button