Artikel Pilihan

LAGENDA JDM – HONDA NSX TYPE R (NA2)

Rasanya dah banyak kali tulis pasal NSX tapi tak kisahlah. Dah nama pun model lagenda. Kali ni kami kongsikan beberapa info lagi tentang NSX sebagai ulang kaji pengetahun anda.

Seperti mana yang kita ketahui NSX adalah hasil air tangan Masahito Nakano dan Shigeru Uehara. Menariknya lagenda F1 Ayrton Senna turut memberikan maklum balas beliau dalam pembangunan kereta ini terutamanya pada bahagian chasis dan suspensi.

Senna juga cukup berpuas hati dengan prestasi NSX. Seorang lagi peminat utama NSX ialah Gordon Murray sendiri dan beliau menjadikannya inspirasi sewaktu menghasilkan supercar ulung, McLaren F1! Hah, tepuk!!!

Bagi model keluaran Honda, lencana Type R menandakan yang ia bukan sekadar sebuah kereta tapi boleh diibaratkan sebagai senjata jalanan (tak termasuk yang pakai pelekat dan aksesori Sopie Motosepot ye).

NSX asal sudah tersangat ringan kerana dihasilkan daripada aluminium sepenuhnya tapi versi Type R NSX adalah lebih ringan (sekitar 120kg). macam mana cara nak ringankan kereta yang dah sedia ringan?

Senang je. Mereka mengeluarkan kesemua material penebat bunyi dan tempat duduk berkuasa elektrik asal. Ia kemudian digantikan dengan sepasang tempat duduk perlumbaan Recaro dan rim yang lebih ringan. Bukan rim ori Thai atau ori Pinoy okey. Ia diakhiri dengan suspensi lebih keras dan memberikan feel yang lebih baik di selekoh. Produk yang sudah sempurna kini menjadi lebih keren.

Kuasanya datang dari enjin NA 3.2 liter V6 yang menghasilkan sekitar 290 hp dengan talaan khusus membezakannya dari NSX standard. Aci engkolnya digantikan dengan versi perlumbaan dan nisbah gear akhir dilaras semula untuk meningkatkan kuasa pecutan. Fuh, detail betul proses naik tarafnya. Bukan macam budak-budak tukar spoket basikal nak tambah speed.

NSX diibaratkan sebagai salah satu kereta terhebat dari Jepun dan mempunyai tempat isitimewa dalam lipatan sejarah dah masih diminati ramai sehingga kini. Nak beli je tak mampu macam kami jugak la. Sedih ooo.

Kredit laman FB Exotic Investments

Google ads
Back to top button