JARI NYARIS PUTUS KETIKA BUKA PINTU CYBERTRUCK – BANYAK BETUL ISU LIBATKAN TRAK CANGGIH NI
Rasanya kalau ada anugerah untuk kereta paling banyak terima aduan, Tesla Cybertruck ni boleh menang kot. Kebanyakan komen rata-ratanya ia mengenai isu keselamatan dan betapa ‘berkotak’ dan besarnya kenderaan ini. Eh bukan SUV moden lain pun macam tu juga kan? Kesemua SUV besar lain pun sebenarnya berpotensi dipandu dengan merbahaya di tangan pemandu yang salah.
Satu lagi aduan biasa ialah tentang rakaan badan dan panel badan yang dikatakan terlalu bersegi dan ‘tajam’. Yang ini ada benarnya dan seorang pemilik dikejutkan dengan situasi di mana bapa mertua beliau terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan selepas cuba membuka pintu Cybertruck.
Cara membuka pintu kereta-kereta moden memang dah makin pelik (kenderaan mahal biasanya, Alza abang okey je) dan Cybertruck ini satu dari contoh. Pemilik terpaksa mengajar car membuka pintu kepada bapa mertuanya atas sebab yang sama.
Berbeza dari kenderaan biasa yang mempunyai hendal pemegang untuk membuka pintu, Cybertruck menggunakan butang khas untuk tujuan tersebut. Yang menjadi masalah ialah kedudukan butang tersebut.
Ia diletakkan di antara pintu depan dan belakang. Jadi jika penumpang belakang sedang menutup pintu dan penumpang hadapan sedang cuba membuka pintu, kejadian yang tidak diingini seperti ni mungkin berlaku. Naya boh kalau kena macam ni. mengamuk pak mertua tu silap-silap.
Syukurlah kecederaan yang diterima tidak terlaku serius. Namun dengar kata kena juga tujuh jahitan pada jari yang tersepit. Syukur jugak la tak terputus terus jari tu sebab kalau dlihat pada ujian-ujian yang pernah dilakukan dalam video sebelum ini, letak lobak merah pun boleh putus dengan pintu dan bonet Cybertruck ni.
Harap-harap pemilik Cybertruck yang lain akan mengambil iktibar dari masalah ini. Bahaya nak oii kena macam ni. boleh putus jari Pak hang.