Buletin

PROTON HAMPIRI JUALAN 100,000 UNIT TAHUN INI!

Proton terus menunjukkan lonjakan jualannya di mana telah mencatat jualan sebanyak 9,503 pada bulan Oktober. Jumlah kumulatif bagi 10 bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 79,833 unit (domestik + eksport), iaitu kadar pertumbuhan sebanyak 46% dan merupakan pencapaian cemerlang walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) menurun sebanyak 1.3%.

Pegangan pasaran pula dianggarkan pada 16%, memperlihatkan kenaikan positif sebanyak 5.2% berbanding tahun lepas. PROTON juga telah mempertahankan posisinya di kedudukan kedua dalam jualan keseluruhan, di mana Syarikat yakin dapat mengekalkan kedudukan tersebut sehingga akhir tahun ini.

Proton X70 mengekalkan kedudukan sebagai SUV premium dan eksekutif paling laris Proton X70 terus mencatatkan jualan yang cemerlang bagi 10 bulan berturut-turut di mana model tersebut telah mengekalkan kedudukan jualannya yang teratas sebagai SUV premium dan eksekutif.

Setakat ini, lebih 24,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan, di mana jumlah tersebut telah menjadikan model itu sebagai SUV segmen C terlaris dan membuktikan model itu kekal menjadi pilihan pembeli.

Proton Saga pula mencatat jualan tertinggi dalam tempoh 51 bulan Dilancarkan pada 6 Ogos 2019, Proton Saga 2019 ternyata menjadi model paling popular. Lebih 28,000 tempahan diterima setakat ini dan pada bulan Oktober, model tersebut telah mencatatkan jualan paling tinggi selama tempoh empat tahun. Sebanyak 4,273 unit dijual pada bulan lepas dan bagi 10 bulan pertama tahun ini, jumlah kumulatif adalah sebanyak 30,331 unit, iaitu peningkatan sebanyak 26% berbanding tahun sebelum ini.

Begitu juga model Exora, Iriz dan Persona yang turut menunjukkan peningkatan jualan dan secara keseluruhan setakat ini, jualan bagi ketiga-tiga model itu beserta Saga telah meningkat sebanyak 21% pada tahun ini. Modelmodel tersebut juga telah menyumbang 78% daripada jumlah jualan PROTON pada bulan Oktober dan bagi jumlah keseluruhan pula adalah sebanyak 68%.

“PROTON terharu dengan sambutan yang diterima daripada pembeli kereta di Malaysia. Dalam tempoh hanya lapan bulan dari kami melancarkan SUV pertama serta menaik taraf rangkaian model-model yang lain, membuatkan PROTON menghasilkan barisan model yang lebih segar berbanding mana-mana jenama lain di Malaysia. Segala kerja keras telah membuahkan hasil dan kini kami yakin dapat menjual 100,000 unit kereta pada tahun ini, yang mana itu akan menjadi asas kukuh untuk PROTON terus bergerak ke hadapan pada tahun 2020 dan seterusnya,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Google ads
Back to top button