Modifikasi

PROTON PERDANA 1.8 GSR

Saya ada seorang kawan. Agak rapat juga sebab minat motor. Dia pernah guna Perdana convert twin turbo. Jenis yang agak berduit tapi kadang-kadang bodo. Bila tengok Perdana ini, memang teringat. Sama warna ni.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (2)

Di satu pagi yang indah:

Pagi Isnin –  dia telefon maki hamun kereta tak boleh hidup  –  starter kong.

Pagi Selasa – telefon lagi turbo kong sebab hos bocor jadi over boost.

Pagi Rabu minggu depan – kereta kena tunda sebab lower arm belakang patah.

Jilake. Apa pasal telefon, saya ni pomen ke?

Proton-Perdana-GSR-mekanika (11)

Pagi Isnin bulan depannya dia nekad. Jual, kemudian beli Myvi. Semak perut bawa kereta yang asyik nak baiki saja.

Kelemahan yang saya nampak pada si Luncai ini ialah memilih bengkel yang salah. Saya dah bagitau, tapi tak nak terima. Konon-konon bagus sangat pomen kau sampai tak pernah buat silap.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (4)

Kalau sampai wiring pun tunggang langgang, petik suis power window naik jadi turun, turun jadi naik, itu memang petanda awal sesuatu bencana.

Nanti kita sambung balik cerita Luncai.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (3)

Kereta Perdana ini pula dijaga dengan baik dan rapi. Tengok pada cara enjinnya dimodifikasio boleh tahu yang pemilik dan tangan pomennya bagus. Untuk dapatkan kereta yang tiada atau kurang masalah sudah tentu kerja dari peringkat awalnya kena teratur.

Sebelum masuk enjin, tukar dulu peralatan ganti lusuh macam timing belt, water pump, segala jenis belt, kosongkan kotak gear dan servis dulu paip-paip aircond. Bukannya susah pun.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (6)

Ambik masa untuk proses awal. Jangan nak cepat siap dan jimat saja. Kereta modifikasi memang ada risikonya. Kalau nak kereta power pastu tak nak susah, sila beli Evo 10 recond atau Renault Megane RS. Kalau nak jimat lagi, beli Porsche 911 turbo.

Perdana milik Khairul ini melakukan proses pindah yang agak pelik sebab kira downgrade masuk enjin 4G93T 1.8 GSR. Walaupun enjin ini kecil dari segi keupayaan kapasiti, tapi ia besar dari segi kuasa kuda.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (7)

Namun begitu, nak heret badan Perdana ini pun kena ada cara yang betul. Main belasah masuk enjin gear automatik senak juga kereta nak bergerak.

Enjin ini dibina dengan sistematik. Piston asal digantikan dengan jenis forged daripada Wiseco bersaiz 82mm. Rod penyambung BC dan blok diikat dengan stud ARP. Turbo yang dipilih ialah HKS GT3037.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (5)

Ini ialah turbo aftermarket paling sesuai untuk kereta yang untuk kegunaan harian.  Boleh boost sampai 500hp, tapi untuk 200-300hp pun tidak lag mana asalkan talaan AFR dibuat dengan betul.

Spesifikasi tambahan lain termasuklah pemasangan blow-off Greddy Type-R, wastegate Tial 44mm, sebuah intercooler Greddy, sebuah injektor tambahan, boost controller Greddy Profec B dan ECU Haltech.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (12)

Kuasa disalur ke roda depan menerusi kotak gear Evo 3 yang dikunci kepada 2WD dan dipasang dengan pelapik klac Exedy.

Bahagian dalaman nampak eksklusif dengan sepasang Recaro Euro R. Papan pemuka dikekalkan, slot pengawal pendingin hawa ditukar dengan jenis digital dan set meter Eterna yang tak laju sebab meternya 180km/j.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (8)

Stereng asal digantikan dengan stereng Momo dan knob Ralliart. Sistem audio ringkas sahaja. Pemain Sony dengan speaker Kickers.

Ingat pasal Luncai tadi? Kurang setahun lepas pandu Myvi, dia telefon tanya saya nak tengok Lancer CK convert Evo. Nampak tak permainannya di situ? Kau kalau dah jenis jiwa merempit, insaf sebab nak jimat beli Myvi/Persona tak ke mana pun.

Proton-Perdana-GSR-mekanika (9)

Saya tak layan dan buat-buat sibuk. Selang beberapa hari dia mesej: “Kalau aku convert Myvi ni masuk K3 VET OK tak?”

Macam jilake kan? Kan? Kan?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button