Buletin

PUSPAKOM SEDIA PERKHIDMATAN VAN BERGERAK DI KOTA KINABALU, SAMARAHAN DAN KUCHING SEPTEMBER INI

PUSPAKOM baru-baru ini memperluaskan perkhidmatan van bergerak di sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah bermula 4 September 2023, sementara Samarahan dan Kuching pada 11 September 2023.

Pekhidmatan dari pintu ke pintu ini lebih menyenangkan dan menjimatkan masa pelanggan untuk urusan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM kerana ia boleh dilakukan di rumah, pejabat serta mana-mana lokasi pilihan pelanggan.

Sebagai permulaan, perkhidmatan van bergerak menawarkan perkhidmatanya sekitar 50 kilometer radius dari PUSPAKOM Kota Samarahan dan Kota Kinabalu sebelum meluaskan liputan secara berperingkat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, perkhidmatan van bergerak ini merupakan fokus utama syarikat untuk terus meningkatkan perkhidmatan PUSPAKOM di Sabah dan Sarawak.

Jenis pemeriksaan ditawarkan oleh unit van bergerak PUSPAKOM termasuklah Pemeriksaan Tukar Milik dan Pemeriksaan Khas untuk pemindahan nombor pendaftaran kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, kenderaan import baru atau terpakai untuk pendaftaran kenderaan dan lain-lain lagi.

Caj perkhidmatan van bergerak pula ditetapkan sebanyak RM100 untuk jarak sekitar 50 kilometer pertama dan kadar fi pemeriksaan adalah berdasarkan jenis pemeriksaan yang akan dijalankan.

Orang ramai ingin mendapatkan perkhidmatan van bergerak boleh membuat janji temu di laman web www.mypuspakom.com.my bermula 21 Ogos 2023.

Google ads
Back to top button