Buletin

PUSPAKOM WANGSA MAJU DAN JB KINI BEROPERASI 7 HARI SEMINGGU

Bermula esok (Sabtu) dan Ahad 15 & 16 Mac 2019, Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) cawangan Johor Bahru dan Wangsa Maju akan membuka operasi mereka pada hujung minggu.

Ini menjadikan operasi penuh sepanjang minggu tujuh hari tanpa cuti. Ia sebagai langkah komitmen syarikat kendalian Kumpulan DRB-HICOM ini untuk memenuhi keperluan pelanggan di bandar-bandar utama yang mencatatkan permintaan yang tinggi.

Dalam satu pengumuman yang dibuat, PUSPAKOM, kedua-dua pusat ini hanya akan ditutup pada cuti umum.

“Kami sentiasa mengutamakan keperluan anda! Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 15 & 16 Mac 2019, cawangan PUSPAKOM Johor Bahru dan Wangsa Maju akan beroperasi tujuh (7) hari seminggu kecuali cuti umum (untuk semua jenis pemeriksaan kecuali Pemeriksaan Awalan).

“Kami percaya inisiatif ini bukan sahaja dapat memudahkan perancangan jadual pemeriksaan kenderaan anda malah memberi kemudahan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang kondusif dan selesa.

Pelbagai inisiatif penambahbaikan akan terus dijalankan oleh PUSPAKOM dari semasa ke semasa yang bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan secara keseluruhan serta keselesaan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terbaharu, anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6927 atau layari Facebook rasmi PUSPAKOM.

Google ads
Back to top button