Buletin

KERETA TOYOTA BAKAL DILENGKAPI PENYEMBUR GAS PEMEDIH MATA?

Ya, anda tidak salah baca. Toyota dilapor sudah memfailkan satu paten untuk sistem penyembur yang boleh menyembur gas pemedih mata jika kereta dicuri. 

Paten yang disiarkan minggu lalu itu direka untuk mengesan pengguna kenderaan dan menyembur haruman kegemaran mereka ke dalam kabin. 

Sistem yang berfungsi dengan mengesan telefon pintar pemandu atau penumpang itu juga boleh memastikan ruang dalaman sentiasa segar serta wangi. 

Tetapi, apa yang lebih menarik ialah keupayaan penyembur itu untuk menyembur gas pemedih mata jika ia mendapati enjin kereta cuba dihidupkan secara paksa. Gas pemedih mata itu didakwa dapat menghalang pencuri daripada melarikan kenderaan berkenaan. 

Biarpun sudah banyak pengeluar kenderaan yang membolehkan pengguna memilih bauan yang diingini, namun Toyota menjadi pengeluar pertama yang cuba melengkapkan kereta mereka dengan senjata seperti ini. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Kemudian, timbul pula persoalan. Bagaimana jika sistem ini buat gila dan menyembur gas pemedih mata kepada pemiliknya? Atau gas disembur secara tidak sengaja apabila berlaku pelanggaran? Pastinya persoalan ini bermain dalam kepala setiap kali kita memandunya. 

Apa pun, tidak perlu risau kerana Toyota baru di peringkat paten. Belum tentu ia akan dikeluar atau dikomersialkan nanti. 

Tags
Google ads
Back to top button