Buletin

RADAR RD6 HORIZON 4WD DIBUKA UNTUK TEMPAHAN DI CHINA – 422HP, HARGA SEKITAR RM175K

Tempahan bagi trak pikap Radar RD6 versi pacuan semua roda 2024 kini dibuka dengan butiran harga adalah lebih mahal berbanding versi 2WD.

Menurut Geely, versi 4WD yang dikenali sebagai Radar Horizon ini mempunyai daya pecutan 4.5 saat, menjadikannya trak pikap pengeluaran terpantas Tesla Cybertruck.

Secara visual versi baharu ini sedikit berbeza daripada versi pacuan roda belakang. Paling ketara RADAR kini ditulis dalam huruf besar di bahagian gril yang kelihatan seperti jeriji l tertutup.

Dimensi kekal tidak berubah pada 5,260/1,900/1,880mm, dengan jarak roda 31,20 mm.

Untuk rekod, panjang, lebar dan tinggi kotak kargo ialah 1,525, 1,450, dan 540mm masing-masing memberikan 1,200 liter ruang kargo.

Radar Horizon RD6 dijana oleh sistem pemacu elektrik segerak magnet kekal berprestasi tinggi, menghasilkan 422hp dan tork 594Nm, dengan had kelajuan maksimum 190 km/j.

Radar Horizon RD6 mempunyai tujuh mod pemanduan termasuk difokuskan di off-road dan ini boleh ditukar menggunakan kawalan suara.

Selain itu, sistem maklum balas semua rupa bumi membolehkan pikap melaraskan pengagihan tork semua empat roda.

Untuk harga pula, Radar Horizon RD6 dijangka diberi tanda harga melebihi AS$37,200 (RM175,243).

Google ads
Back to top button