
HONDA BAYAR PENUH KEPADA PEMBEKAL ALAT GANTI, UBAH POLISI DAN ‘CARA LAMA’
Industri automotif Jepun dikejutkan pada awal bulan ini apabila Nissan didenda oleh Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun berjumlah JPY 3 bilion (sekitar RM94.4 juta) atas hutang kepada pembekal selama beberapa dekad.
Kejadian ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pemain industri mengenai kestabilan bekalan dan hubungan dengan pembekal.
Nikkei baru-baru ini mendedahkan bahawa Honda akan mengubah polisi pembayaran kepada pembekal mereka, iaitu beralih kepada pembayaran penuh berbanding ansuran bagi alat ganti kereta.

Untuk rekod, logam digunakan dalam pembuatan bahagian kereta selalunya diperbuat mengikut tempahan khas serta mematuhi piawaian kualiti yang sangat ketat.
Walaubagaimanapun, bagi pembuat alat ganti, langkah ini mungkin membolehkan mereka menerima pelaburan awal yang besar.
Sebuah syarikat alat ganti yang bekerjasama rapat dengan Honda memberitahu Nikkei bahawa pembayaran penuh akan membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan pemulihan dana dan mengurangkan kos faedah.
Tambahnya lagi, langkah ini juga dianggap dapat meningkatkan daya saing syarikat alat ganti kerana kenaikan gaji yang dialami melebihi rantaian bekalan.
Walau bagaimanapun, tidak semua syarikat alat ganti bersedia menerima pembayaran penuh ini. Ini disebabkan oleh ‘adat lama’ dalam industri yang mengamalkan pembayaran ansuran selama lebih 20 tahun.
Bagi sesetengah syarikat, pembayaran ansuran ini telah menjadi rutin dan sukar untuk diubah.
Dari sudut pengeluar kenderaan, keputusan Honda untuk mengubah polisi pembayaran adalah langkah strategik dalam menangani cabaran ini, dengan harapan dapat mengekalkan kestabilan rantaian bekalan industri automotif Jepun.