
GWM MALAYSIA UMUM HARGA BAHARU ORA GOOD CAT – BERMULA RM113K SAHAJA
GWM Malaysia baru-baru ini mengumumkan penetapan harga strategik baharu untuk Hatchback elektrik GWM ORA GOOD CAT (model 2024), bermula dari RM113,800.
GWM ORA GOOD CAT baharu kini hadir dalam tujuh pilihan warna, dengan harga permulaan baharu daripada RM113,800 untuk 400 Pro dan RM143,800 untuk 500 varian Ultra.
Pembeli ORA GOOD CAT baharu akan menikmati pakej waranti yang meliputi seperti Waranti 5 tahun / 150,000km untuk keseluruhan kenderaan, Waranti selama 8 tahun /180,000km untuk bateri dan motor elektrik.

Sebagai tambahan kepada struktur harga baharu, GWM Malaysia turut menawarkan faedah eksklusif tambahan untuk pemilik GWM ORA GOOD CAT sedia ada iaitu dua tahun waranti kenderaan sehingga 150,000km.
Bukan itu sahaja, pengguna sedia ada juga akan menikmati lima tahun tambahan atau 75,000km penyelenggaraan percuma bagi selang selenggara terakhir.

Sempena sambutan perayaan, GWM Malaysia kini menawarkan tawaran istimewa termasuk Pengecas Kotak Dinding Rumah percuma dan Pengecas Mudah Alih 3 Pin bagi mana-mana pembelian GWM ORA GOOD CAT baharu.
Promosi ini hanya sah untuk pendaftaran baharu sehingga 30 April 2024.
- BACA: GWM HAVAL H6 HEV BAKAL DILANCARKAN TAHUN INI
- BACA: GWM ORA 07 DIPERKENALKAN, DUA VARIAN, JANA 402HP, TAWAR JARAK GERAK 640KM
- BACA: GWM ORA 07 KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – DUA VARIAN, JANA KUASA 402HP, JARAK GERAK 640KM
- BACA: GWM LANCAR TANK 700 HI4-T PHEV, JANA 516HP, JARAK GERAK 100KM, HARGA BERMULA RM283K