Buletin

NILAI TESLA CYBERTRUCK JATUH – BUKAN BARANG RARE, KATA BANGSA BAIK BELI…

Sebelum penghantaran Tesla Cybertruck bermula, ramai yang berminat dengan kereta elektrik ini walaupun pengeluaran dalam kuantiti besar mengambil masa begitu lama.

Ini menyebabkan spekulasi bahawa nilai kereta ini mungkin akan terus meningkat, terutamanya kuantiti yang dihasilkan akan sangat terhad.

Namun, realitinya tidak begitu cerah seperti dijangka. Percubaan terbaharu untuk melelong Tesla Cybertruck, kali ini di Cars & Bid, mengecewakan ramai peminat.

Pada awalnya, pembidaan bermula dengan harga tinggi, melepasi AS$100,000 (RM472,808) pada hari pertama. Namun, keghairahan ini tidak berkekalan. Pada hari-hari seterusnya, bidaan begitu perlahan dan tidak mencapai sasaran.

Pada akhirnya, lelongan berakhir dengan harga jauh di bawah anggaran asal iaitu hanya AS$158,000 (RM747,036) berbanding dengan harga asal AS$101,985 (RM482,266) dan keuntungan yang diperoleh oleh penjual hanya $56,000 (RM264,812).

Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat jurang besar antara harapan dan realiti.

Meskipun Tesla Cybertruck menarik minat yang tinggi, masyarakat mungkin tidak bersedia untuk membayar harga terlalu untuk sebuah kenderaan.

Ini sekaligus menimbulkan soalan tentang kebolehpercayaan harga pasaran yang telah ditetapkan untuk model ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk mengakui bahawa kehendak pasaran mungkin tidak sejajar dengan harga yang diminta untuk Tesla Cybertruck.

Ini bukan lagi soal mengenai kebolehpercayaan atau kecanggihan teknologi, tetapi lebih kepada nilai sebenar yang disediakan oleh kereta ini kepada pengguna.

Google ads
Back to top button