Buletin

GR YARIS DIREKA KHAS BUAT PETUGAS PENTING PANDEMIK COVID-19

Toyota United Kingdom (UK) mendedahkan GR Yaris direka khusus dalam memberi penghormatan kepada para petugas penting yang berjuang ketika pandemik Covid-19.

Rekaan luaran hot hatch berkenaan mendapat sentuhan pelajar sekolah menengah, Alice Goodlife berusia 16 tahun yang menyertai pertandingan seni Design a Rally Car Livery.

Hasil karya berkenaan telah didedahkan pada GR Yaris ketika pusingan akhir Kejohanan Rali Dunia (WRC) di Monza, Itali.

Bahagian hadapan jentera berkenaan menarik perhatian, menampilkan rekaan seolah-olah GR Yaris memakai pelitup muka.

Penggunaan skema warna pelangi dapat dilihat pada bahagian bumbung dan belakang kenderaan manakala di sisi pula mengetengahkan para pekerja seperti jururawat, guru, pekerja pembinaan, penjaga kedai serta anggota polis.

Bunga rasmi negara Wales, Daffodil, turut menjadi sebahagian dari rekaan kenderaan istimewa itu.

Goodlife merupakan pelajar di Sekolah Menengah Ysgol Uwchradd di Plasmawr, Wales, berkata dia sangat hampa apabila Rali Wales dibatalkan pada tahun ini. Berikutan itu, dia memasukkan daffodil dalam rekaannya.

Biarpun, pemandu dari Wales, Elfyn Evans merangkul juara keseluruhan di Monza tetapi kejuaraan dimenangi pemandu Perancis, Sebastien Ogier bersama pasukan Toyota Gazoo Racing WRT.

Ogier memenangi tujuh daripada lapan kejuaraan WRC menjadikan pemandu kedua paling cemerlang dalam WRC di belakang Sebastien Loeb. –carscoops.

Google ads
Back to top button