Buletin

RAIKAN MERDEKA DENGAN MITSUBISHI

Raikan hari Kemerdekaan kali ini dengan memiliki sebuah kenderaan Mitsubishi.

Mitsubishi-ASX-mekanika (2)

Sebabnya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menyediakan pelbagai tawaran hebat termasuklah program penyelenggaraan percuma dan jaminan selama 5 tahun serta rebat tunai RM7,000 untuk beberapa model terpilih Mitsubishi!

Bermula sekarang hingga 31 Ogos 2015, pelanggan yang menempah dan mendaftar ASX bakal menikmati program penyelenggaraan percuma dan jaminan selama lima tahun. Bukan itu sahaja, mereka juga layak menerima rebat tunai daripada RM4,000 hingga RM 7,000 (promosi sah untuk model tahun 2015 sahaja).

Mitsubishi-ASX-mekanika (1)

ASX 2WD ditawarkan pada harga RM114,044 manakala varian 4WD pula berharga  RM128,180 seunit. ASX juga hadir dengan Edisi Sports yang terhad kepada 60 unit sahaja.

Pelanggan yang memilih untuk memiliki trak pikap Triton serba baharu, mereka akan menerima penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan tawaran trade-in tunai apabila menukar kenderaan masing-masing dengan Triton.

Mitsubishi-Triton-2015-mekanika (1)

Tawaran ini sah untuk varian Triton VGT AT, VGT MT dan MT sahaja. Triton ditawarkan pada harga bermula RM67,000 hingga RM 108,000 seunit.

Melalui Program Kesetiaan Eksklusif Mitsubishi, pelanggan Mitsubishi sedia ada berpeluang untuk menikmati tawaran tunai tambahan apabila mereka menempah mana-mana model Mitsubishi mulai sekarang hingga 31 Mac 2016 (tertakluk kepada terma dan syarat).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button