Buletin

HYUNDAI VISION G CONCEPT COUPE

Hyundai Motor America mendedahkan model “Vision G” Concept Coupe di Los Angeles County Museum of Art (LACMA).

Hyundai-Vision-G-Coupe-Concept-mekanika (4)

Kereta konsep itu disifatkan sebagai inspirasi produk premium Hyundai pada masa depan. Ia menjanjikan kemewahan, prestasi dan gaya.

“Konsep ini direka selepas mengkoordinasikan input daripada studio reka bentuk Hyundai di seluruh dunia yang diketuai oleh pasukan kami di Amerika Syarikat,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Hyundai, Peter Schreyer.

Hyundai-Vision-G-Coupe-Concept-mekanika (3)

Gayaan luarannya diserlahkan menerusi rekaan hud yang panjang, garis sisi tinggi dan bahagian dalaman yang ringkas serta elegan.

Vision G dikuasakan oleh enjin Tau V8 5.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 420hp @ 6,000rpm dan tork 519Nm @ 5,000rpm. Keluarga enjin Tau telah disenaraikan sebagai 10 enjin terbaik dunia sebanyak tiga kali.

Hyundai-Vision-G-Coupe-Concept-mekanika (1)

Jentera itu bakal dipamerkan di Pebble Beach Concours d’Elegance pada 16 Ogos depan di Monterey, California.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button