Buletin

STELLANTIS MALAYSIA LANCAR PUSAT 2S PEUGEOT SUBANG JAYA

PEUGEOT Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan besar-besaran PEUGEOT Subang Jaya oleh Allure Auto Sdn Bhd, sebuah pusat jualan baharu yang terletak di Taipan USJ.

Pembukaan bilik pameran ini menandakan pelancaran pengedaran pertama sejak Stellantis Malaysia menjadi entiti utama yang menguruskan pengedaran, pemasaran, jualan, dan perkhidmatan selepas jualan PEUGEOT di Malaysia.

Allure Auto Sdn Bhd memulakan operasinya sebagai pengedar 1S, dengan rancangan yang sedang dijalankan untuk memperluas perkhidmatannya dengan menambah pusat servis 2S bagi meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman keseluruhan untuk jualan dan selepas jualan.

Kemajuan pusat servis 2S, yang terletak hanya beberapa minit dari bilik pameran di USJ 1, kini berada pada kadar 70 peratus siap dan dijangka akan beroperasi pada akhir suku ketiga 2024.

Pusat servis yang akan dilancarkan ini mempunyai keluasan 5,800 kaki persegi dengan 8 ruang servis dan kemudahan pembaikan badan dan cat.

Bilik pameran ini dilengkapi dengan empat ruang pameran kenderaan dan satu ruang penghantaran kenderaan.

Selain itu, ia juga menampilkan reka bentuk moden berdasarkan identiti korporat terbaru PEUGEOT. Satu ciri utama bilik pameran ini ialah pengenalan alat konfigurasi 3D untuk pengalaman pembelian interaktif, bersama-sama dengan perunding jualan terlatih oleh Stellantis Malaysia.

Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, “Allure Auto mewakili satu mercu tanda dalam perjalanan kami untuk memiliki 30 pusat pengedaran menjelang akhir 2024.”

“Stellantis Malaysia komited untuk memberikan pengalaman jenama dan pemilikan bertaraf tinggi kepada pelanggan kami, serta kami mengalu-alukan Allure Auto ke dalam keluarga PEUGEOT kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengalaman PEUGEOT.”

Sementara menunggu pelancaran pusat servis tersebut, Allure Auto akan bekerjasama rapat dengan pengedar PEUGEOT yang sah berdekatan untuk menyelesaikan sebarang isu teknikal bagi memastikan pelanggan menerima sokongan diperlukan untuk kenderaan mereka.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan PEUGEOT Malaysia untuk membawa pengalaman automotif bertaraf dunia kepada komuniti Subang Jaya dan USJ,” kata Pengarah Allure Auto, Encik Lai Choong Yik.

“Kawasan ini dikenali kerana lokasinya strategik dan penduduk yang menghargai kualiti dan inovasi, sejajar dengan apa diwakili oleh PEUGEOT. Kami tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan lebih baik dengan pelancaran pusat servis 2S kami pada akhir tahun ini.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.peugeot.com.my

Google ads
"
"
Back to top button