
RANCANGAN PERMOTORAN TOP GEAR AKAN DIHENTIKAN
Seperti yang telah dijangka dan dimaklumkan secara rasmi, rancangan permotoran popular satu ketika dulu iaitu Top Gear akan ditamatkan penyiarannya selepas 46 tahun ditayangkan daripada siri pertama. Buat masa ini rancangan Top Gear telah ditayangkan dalam 34 musim dalam tempoh tersebut.
Penamatan siri Top Gear ini adalah rentetan daripada kemalangan yang dialami oleh Freddie Flintoff pada halaju 200km/jam di litar ujian Top Gear di Dunsfold Aerodrome. Freddie mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan dan dihantar ke hospital akibat kemalangan tersebut
Dalam satu kenyataan rasmi, BBC memutuskan untuk menghentikan rancangan Top Gear atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun Freddie, Chris dan Paddy yang merupakan hos Top Gear akan diberikan projek baru yang akan dibangunkan untuk mereka nanti. BBC turut menyatakan tindakan ini adalah perkara yag betul dan terpaksa dilakukan buat masa sekarang
Rancangan Top Gear bermula pada tahun 1977 sehingga pada tahun 2001 sebelum ia dihentikan seketika oleh BBC buat kali pertama. Format terbaru pada tahun 2002 ini diilhamkan oleh Jeremy Clarkson dan Andy Wilman yang mengetengahkan idea studio, catatan masa terpantas, temuramah pelumba veteran, selebriti dan penonton bagi mencabar rancangan Fifth Gear terbitan Channel 5
Rancangan ini mencapai zaman keemasan sekitar tahun 2002 ke 2015 dengan Jeremy Clarkson, James May dan Richard Hammond bertindak sebagai penyampai manakala Andy Wilman bertugas sebagai penerbit dan memberikan idea yang kelakar dalam rancangan
Selepas insiden Jeremy Clarkson menumbuk penerbit Oison Tymon dan kontraknya tidak diperbaharui, James May dan Richard Hammond bertindak meninggalkan Top Gear dan menyertai satu rancangan baru terbitan Amazon yang dinamakan sebagai The Grand Tour. Malah Andy Wilman turut meninggalkan Top Gear dan menyertai The Grand Tour
Keputusan untuk menamatkan penyiaran rancangan Top Gear ini tidak akan menjejaskan lain lain aktiviti perniagaan yang turut menggunakan nama Top Gear seperti Majalah dan juga saluran Youtube Top Gear. BBC menegaskan semua aktviti penyiaran dan perniagaan antarabangsa, digital, perlesenan dan majalah tidak akan terjejas


