
TEMPAHAN TOYOTA YARIS CROSS 2024 BAKAL DIBUKA HUJUNG BULAN INI DI EROPAH – DUA VARIAN, JANA 130HP
Toyota baru-baru ini mengumumkan satu siri kemas kini untuk Yaris Cross di Eropah dan kini tersedia dengan rangkaian kuasa hibrid lebih berkuasa.
Secara luaran, model ini mengekalkan penampilan pendahulunya, tetapi didatangkan dengan pilihan warna baharu iaitu Juniper Blue selain diserlahkan rim aloi bersaiz 18-inci.

Selain itu, kedua-dua varian Premiere Edition and GR Sport, menampilkan casis yang lebih sporty dari Gazoo Racing.
Di bahagian dalam, bergantung pada varian, ia didatangkan dengan pilihan antara kluster instrumen digital 7-inci atau 12.3-inci, dilengkapi sama ada skrin sentuh infotainmen 9-inci atau 10.4-inci.
Sistem multimedia Toyota Smart Connect juga telah menerima peningkatan, di mana ia menyokong kemas kini over-the-air dan sambungan Android Auto/Apple CarPlay tanpa wayar.

Sama seperti hatchback Yaris, Yaris Cross kini menawarkan Smart Digital Key dengan keupayaan kawalan jarak jauh.
Beralih kepada kuasa, Hybrid 130 dijana oleh enjin 1.5 liter NA dengan motor elektrik lebih berkuasa, menghasilkan 130hp dan 185Nm tork.
Sementara, pilihan Hybrid 115 pula tersedia dengan hamburan kuasa 114hp dan 141Nm tork.
Toyota mendakwa bahawa teknologi hibrid pengecasan sendiri adalah “faktor penentu nombor satu” untuk pembeli Yaris Cross, itulah sebabnya ia tidak menawarkan versi B-SUV ICE sahaja di Eropah.
Akhir sekali, kit keselamatan Toyota T-Mate yang didatangkan secara standard pada Yaris Cross juga telah dipertingkatkan dengan ciri baharu.
Tambahan baharu dalam suite ADAS termasuklah Pre-Collision System, Acceleration Suppression, Proactive Driving Assist, Safe Exit Assist, and Rear Seat Reminder System serta Adaptive Cruise Control lebih lancar dan pantas berbanding sebelum ini.
Tempahan dalam talian untuk Toyota Yaris Cross akan bermula akhir bulan ini di pasaran Eropah manakala maklumat harga hanya didedahkan ketika pelancaran rasmi nanti.
GALERI:










- BACA: TOYOTA CROWN SIGNIA SUV HIBRID DIPERKENALKAN DI A.S. – JANA 243HP, HARGA MASIH RAHSIA
- BACA: TOYOTA VELOZ X-URBAN DIPERKENALKAN DI THAILAND – 104HP, HARGA BERMULA RM118K
- BACA: TOYOTA CROWN SEDAN DILANCAR DI JEPUN, FCEV DAN HIBRID!
- BACA: TRD PERFORMANCE PACKAGE UNTUK TOYOTA TUNDRA, DARI 389 HP KEPADA 421 HP!



