
RASMI: CFMOTO PAPIO RACER LANCAR DI MALAYSIA – RM8,888
Selepas memperkenalkan CFMoto 250 Dual bulan lalu, CFMOTO Malaysia terus memperkembangkan tawaran bagi tahun 2026 dengan pelancaran CFMoto Papio Racer yang boleh didapati dengan harga jualan RM8,888.
Menggerakkan Papio Racer adalah enjin satu silinder 125cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 9.3hp pada 8,250rpm dan 9.2Nm pada 6,500rpm.

Meskipun berkapasiti kecil namun Papio Racer ini dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 7-liter. Selain itu, ABS dan TCS (traction control system) turut didatangkan secara standard dan merupakan naik taraf dari model sebelum ini.

Kelengkapan brek terdiri dari cakera brek tunggal depan dan belakang masing-masing dipadankan dengan kaliper brek dua piston di depan dan satu piston di belakang.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- tayar depan 120/70-12
- tayar belakang 130/70-12
- berat 114kg
- ketinggian tempat duduk 760mm
- port pengecas USB
- lampu LED dengan DRL









