
RASMI: WMOTO HAWK 200 LANCAR DI MALAYSIA – RM7,888
MForce Bike Holdings memperkenalkan motosikal jenis dual-purpose mampu milik menerusi WMOTO Hawk 200 yang ditawarkan pada harga hanya RM7,888.
Hawk 200 merupakan alternatif kepada SX-2 300 yang sebelum ini hanya boleh diguna pakai oleh pemegang lesen B (full).
Atas kertas, Haw 200 dikuasakan enjin satu silinder 200cc SOHC yang berupaya menjana 16.32hp pada 8,000rpm dan 15Nm pada 7,000rpm.

Meskipun dilengkapi dengan spesifikasi asas namun motosikal ini tetap didatangkan dengan ciri keselamatan penting antaranya ABS secara standard serta pencahayaan LED penuh. Model ini juga praktikal dengan adanya slot USB bagi memudahkan penunggang mengecas peranti.

Berat keseluruhan Hawk 200 ini adalah 132kg dengan tangki bahan api berkapasiti 8L. Ketinggian tempat duduk pula adalah 830mm, 10mm lebih rendah berbanding CFMoto 250 Dual.









